Aku yakin sketsa PKR nak pecat MB Selangor tapi masih gagal sampai hari ni antara penyumbang utama kehadiran Kongres Wanita PKR seteruk tu.
Sinarharian melaporkan:
Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin menyifatkan kehadiran perwakilannya pada persidangan Kongres Nasional Tahunan Wanita PKR yang sedang berlangsung di sini sudah menepati jangkaan mereka.
Katanya, lebih 400 perwakilan Wanita PKR berdaftar untuk persidangan, hari ini. "Saya rasa itu (faktor tertenu menyebabkan kurang kehadiran perwakilan) bukan isunya. Kerana perwakilan yang dijangka hadir lebih daripada 400 orang. -Sinarharian.
Juga dilaporkan:
"Dan saya rasa ia sudah hampir mencapai sasaran. Itu jumlah perwakilan yang berdaftar," katanya pada sidang media, hari ini.
Menurutnya, ruang kelihatan kosong kerana kebiasaannya Wanita PKR dan AMK bergabung ketika perasmian.
"Ruang yang disediakan lebih dari cukup. Saya rasa ruang yang diberikan ini terlalu besar. Sedangkan AMK di MBSA. - Ibid.
Agak-agak la nak bagi alasan pun. Tak patut
sangat kut nak kaitkan AMK pulak.
Kalau betul dari awal agak kehadiran perwakilan lebih kurang 400 orang susun bangku lebih kurang banyak tu dah la, takkan yang tu pun nak kena ajar.
Apapun, kehadiran setara tu aku yakin menggambarkan realiti sebenar kekuatan PKR sekarang ni.
Dan aku yakin sketsa PKR nak pecat MB Selangor tapi masah gagal sampai hari ni antara penyumbang utama kehadiran Kongres Wanita PKR seteruk tu.
Dan aku yakin, keputusan PRK Pengkalan Kubur Kelantan yang bakal berlangsung tak lama lagi bakal menjelaskan lagi dengan lebih terang realiti tahap penurunan sokongan kepada PKR.
Kecuali la kalau PKR nak main 'playsafe' sangguk serahlan keruso tu kepada calon dari PAS.
posted from Bloggeroid