Nak sangat Umno sokong Hudud, takkan PAS Kelantan jadi tak cerdik sampai macam ni? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, Jun 13, 2014

Nak sangat Umno sokong Hudud, takkan PAS Kelantan jadi tak cerdik sampai macam ni?

Kalau pun nak sangat Umno sokong Hudud Kelantan takkan sampai tara ni punya tak cerdik politik jadinya PAS Kelantan.

Aku taktau apa nak fikir bila tengok surat macam yang kat sebelah ni dan aku besarkan kat bawah nu. Sungguh aku tak faham, takkan kut PAS Kelantan ni BANGANG sangat kut.

Aku selama ni masih berKhusnuz Dzon dengan PAS Kelantan walaupun ramai kawan-kawan aku yang bagi macam-macam maklumat yang tak berapa nak elok pasai PAS Kelantan selain dari yang depa tulis dalam status dan komen kat dalam facebook. Tapi aksi terbaru ni aku rasa macam dah tak boleh nak berKhuznuz Dzon lagi dah.

Persoalan yang aku mushkilnya yang pertama apa perlu Kerajaan Kelantan buat program macam ni masa sekarang ni, dalam keadaan yang cukup tak kundusif ni. Takkan depa saja-saja nak bagi penyokong PR yang bukan ahli dan penyokong PAS marah dan makin jauh dengan PAS kut.

Mungkin lepas ni akan keluar alasan program ni 'program pusat'. Tapi kalau 'program pusat' pasai apa perlu keluar surat macam kat atas ni yang menggunakan letterhead Perhubungan PAS Kelantan 'mengarahkan' pimpinan PAS sampai ke peringkat PAS Kawasan supaya hadir.

Patutnya cukup sekadar surat dari Kerajaan Negeri 'mengarahkan' penjawat jawatan dibawah kerajaan negeri saja untuk hadir.

Yang keduanya, pada aku PAS Kelantan patutnya lebih cerdik.

Kalau betul perogam tu 'program pusat peringkat negeri Kelantan' patutnya PAS Kelantan suruh Jamil Khair buat program tu di negeri-negeri lain yang dikuasai oleh Umno BN dulu.

Dan PAS Kelantan sepatutnya desak Jamil Khair jemput pimpinan PAS yang cukup ramai berkelulusan agama yang sangat-sangat layak untuk 'program dakwah' macam tu. untuk jadi panel dalam program di negeri-negeri lain tu dulu.

Kalau pun nak sangat Umno sokong Hudud Kelantan takkan sampai tara ni punya tak cerdik politik jadinya PAS Kelantan.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...