Kesan isu Hudud dalam PRK: Ust Nik Amar sama bangang macam Gobind? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Rabu, Jun 04, 2014

Kesan isu Hudud dalam PRK: Ust Nik Amar sama bangang macam Gobind?

Tapinya, menafikan langsung kesan isu hudud di PRK Teluk Intan tanpa disokong kajian ilmiah pulak tu, pada aku satu tindakan yang tak kurang BANGANG.


Sinarharian melaporkan:
Pas Kelantan berkata kekalahan calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan pada 31 Mei lalu tiada kaitan dengan isu pelaksanaan undang-undang hudud yang diperjuangkan parti itu.

Menurut Timbalan Pesuruhjaya I Pas Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah sekiranya isu pelaksanaan hukum hudud menjadi faktor utama kekalahan pada PRK Teluk Intan, sudah tentu ia turut menjejaskan PRK Bukit Gelugor. - Sinarharian.
Kalaupun nak sanggah tuduhan Gobind pasai kesan isu Hudud tu tak payah la kut ikut stail bangang Gobind. Sama macam yang aku kata kat Gobind dalan posting aku sebelum ni, kenyataan Timbalan Menteri Besar Kelantan ni pun tak adil jugak.

Pasainya pada aku langsung tak masuk kalau kata isu hudud langsung tak bagi kesan kat undi di PRK Telyk Intan. Kalau pun mungkin tak banyak tapi tentu ada bagi kesan jugak.

Tambahan pulak isu Hudud tak berapa di spin di Bukit Gelugor, tak macam di Teluk Intan yang sungguh-sungguh dispin, terutama sekali bila calon DAP PRK Teluk Intan Dyana Sofya  kata takkan sokong Hudud di parlimen jika dia menang.

Sinarharian juga melaporkan:
"Tetapi PRK Bukit Gelugor DAP menang dan tidak terjejas. Jadi ini tidak bersangkut paut dengan hukum hudud yang kita nak laksanakan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Perdagangan Kelantan, di Kelantan Trade Centre (KTC) di sini, hari ini.

Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata bantahan pengundi Cina terhadap tindakan DAP meletakkan calon Melayu menjadi antara punca kekalahan DAP di Teluk Intan.

"Pengundi Cina tidak berpuas hati dengan calon yang dikemukakan DAP. Masyarakat Cina nak calon Cina jugak. Mereka letak calon Melayu yang bukan tempat asal dia. Saya melihat dari sudut itulah dan saya ingin menasihatkan DAP supaya jangan meletakkan kesalahan itu kepada orang lain," katanya. - Ibid.

Mungkin betul isu calon jugak bagi kesan kepada kekalahan PRK Teluk Intan malah mungkin banyak faktor dan isu lain yang jugak mungkin jadi penyebab tak ramai yang undi Dyana Sofya kalah PRK Teluk Intan.

Tapinya, menafikan langsung kesan isu hudud di PRK Teluk Intan tanpa disokong kajian ilmiah pulak tu, pada aku satu tindakan yang tak kurang BANGANG.

posted from Bloggeroid

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...