Berapa orang Adun PAS Selangor berani sokong usul Hudud di Selangor? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, Jun 13, 2014

Berapa orang Adun PAS Selangor berani sokong usul Hudud di Selangor?

Cumanya bila teringat kes Kota Damansara, rasa macam tak mustahil kut akan ada Adun PAS yang akan berbahas usul Hudud di Selangor tu dengan 'nada Umno', maksud aku nada 'peduli apa orang kapiaq nak kata apa'.


Malaysiakini melaporkan:
Usul daripada anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Umno untuk mengkaji kebarangkalian pelaksanaan hudud di Selangor diterima untuk dibahaskan oleh Speaker Hannah Yeoh.
Ia dijangka dibentangkan minggu depan.

Bercakap dalam sidang media di pusat khidmatnya di Subang Jaya hari ini, Yeoh berkata, beliau menerima empat usul untuk persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) akan datang. - Mkini.

Nampaknya perkembangan isu ni semakin menarik bila ada Adun Umno nak bentang usul di Selangor dan Speaker Selangor luluskan pulak usul tu.

Aku yakin Umno dok rasa depa yakin akan dapat menghancurkan Pakatan Rakyat dengan bawa usul berkenaan hudud tu di Sidang Dun Selangor.

Lagi pun kalau ikut ayat yang Malaysiakini guna dalam laporan tu tajuk usul tu agak 'tricky' untuk PAS. Takkan la Adun PAS tak teringin nak tengok Undang-undang Hudud dilaksanakan di Selangor.

Apa pun, aku cukup yakin Umno akan kena hentam teruk bila isu ni dibahas termasuk oleh wakil dari Adun PAS. Tambah-tambah ada bukti kukuh bila Adun Umno di Terengganu tolak usul yang PAS bawa berkenaan hudud ni.

Cumanya bila teringat kes Kota Damansara, rasa macam tak mustahil kut akan ada Adun PAS yang akan berbahas usul Hudud di Selangor tu dengan 'nada Umno', maksud aku nada 'peduli apa orang kapiaq nak kata apa'.

Agak-agak hangpa dalam 15 orang Adun PAS di Selangor tu sapa yang ada tanjak untuk beraksi macam tu yang masih ada sikit sebanyak rasa nak wala' kat Dr. Hasan Ali.

Kat bawah ni senarai Adun PAS Selangor.

  1. N2 SABAK -YB SALLEHEN BIN MUKHYI
  2. N15 TAMAN TEMPLER -YB ZAIDY BIN ABDUL TALIB
  3. N17 GOMBAK SETIA -YB USTAZ HASBULLAH BIN MOHD RIDZUAN
  4. N18 HULU KELANG - YB SAARI SUNGIP
  5. N20 LEMBAH JAYA - YB KHASIM BIN ABDUL AZIZ
  6. N21 CHEMPAKA - YB ISKANDAR ABDUL SAMAD
  7. N26 BANGI - YB USTAZ HAJI MOHD SHAFIE BIN NGAH
  8. N29 SERI SERDANG - YB NOOR HANIM BINTI ISMAIL
  9. N38 PAYA JARAS - YB MOHD KHAIRUDDIN BIN OTHMAN
  10. N42 MERU - YB DR HJ ABDUL RANI BIN OSMAN
  11. N45 SELAT KELANG - YB DR HAJJAH HALIMAH ALI
  12. N51 SIJANGKANG - YB DR AHMAD YUNUS BIN HAIRI
  13. N53 MORIB - YB HAJI HASNUL BIN HAJI BAHARUDDIN
  14. N54 TANJUNG SEPAT - YB IR HAJI MOHD HASLIN BIN HAJI HASSAN
Cumanya harap-harap takdak la.
posted from Bloggeroid

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...