Aku tak pasti apa perkiraan yang Gobind buat bila dia kata Dyana Sofya kalah PRK Teluk Intan sebab isu Hudud. Mungkin kesan tu ada tapi nak kata isu Hudud penyebabnya pada aku sangat tidak adil.
Roketkini melaporkan:
Ahli Parlimen Puchong Gobind Singh Deo berpandangan isu hudud yang hangat diperkatakan awal tahun ini adalah antara punca kekalahan DAP dan Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya Kecil (PRK) Teluk Intan, Sabtu lalu.
Justeru itu, beliau menyeru agar Pakatan Rakyat menangani segera pertikaian yang masih belum selesai itu, bagi mengelakkan kesan yang lebih parah pada masa akan datang. - Roketkini.
Aku tak pasti apa perkiraan yang Gobind buat bila dia kata Dyana Sofya kalah PRK Teluk Intan sebab isu Hudud. Mungkin kesan tu ada tapi nak kata isu Hudud penyebabnya pada aku sangat tidak adil.
Kecuali kalau dah dibuat kajian ilmiah terpeinci sebab kekalahan tu oleh badan pengkaji yang berwibawa, ada la jugak meritnya kenytataan macam tu.
Lagipun, banyak faktor lain yang mungkiin menyebabkan ramai yang pilih untuk tak undi Dyana terutama sekali bila dilaporkan yang undi masyarakat Cina merosot sebanyak 15 peratus dan India 10 peratus.
Sinarharian pula melaporkan:
Kekalahan DAP dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan memerlukan analisis lebih lanjut, bagi mengkaji faktor sebenar perubahan pola pengundi di kawasan itu. - Sinarharian.Juga dilaporkan:
Ketika ditanya adakah isu hudud menyebabkan undi masyarakat Melayu dan Islam tidak berpihak kepada DAP, beliau menjelaskan, semua faktor boleh berhubung kait.Aku cukup setuju dengan PJ Terengganu ni. Bukan saja faktor isu Hudud kena dikaji tapi jugak faktor lain terutamanya faktor pepecahan dalam DAP Perak sebab berebut nak letak calon sampai ada khabar angin yang kata ada beberapa cawangan DAP di Teluk Intan yang 'tutup kedai' pasai calon depa tak naik.
“Tetapi isu hudud ini tidak sepatutnya lah menjadi isu yang besar, namun kita perlu buat satu kajian yang mendalam dan terperinci bagi melihat kenapa hal ini berlaku,” katanya ketika ditemui di Pejabat Perhubungan Pas negeri di Jalan Sultan Omar, di sini. - Ibid.
Jugak faktor janji Najib nak lantik Presiden Gerakan jadi menteri kalau menang yang pada aku sangat mempengaruhi terutamanya undi orang cina yang dikuasai oleh golonga peniaga.
Macam tu jugak dengan pola pengundi India, kena dikaji jugak pasai apa boleh merosot 10 peratus termasuk faktor janji IPF yang siap bagi borang kepada orang India tawaran nak bagi tanah pertanian.
DAP kena kaji jugak pasai apa pengundi luar cukup ramai tak balik mengundi kali ni. Pada aku kegagalan ramai pengundi luar balik mengundi adalah kegagalan jentera kempen DAP yang paling besar untuk PRK Telu Intan ni.
Lagi satu faktor yang pada aku cukup besar adalah DAP Perak sebenarnya takdak pengalaman menempuh Pilihanraya Kecil.
Kalau tanya jentera PAS Perak, depa tentu sangat-sangat setuju pasainya bahan risalah yang DAP keluarkan sangat tidak sesuai untuk kempen merayu undi untuk pengundi melayu terutama sekali di Dun Changkat Jong yang katanya DAP akhirnya 'sub' hampir 100% kepada jentera kempen PAS.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis