Terima Kasih Cadbury BABI pasai melahirkan lebih ramai penentang regim | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, Jun 02, 2014

Terima Kasih Cadbury BABI pasai melahirkan lebih ramai penentang regim

Tak salah kut kalau aku kata, isu Cadbury ada DNA babi ni melahirkan lebih ramai rakyat yang mula menentang regim.



Malaysiakini melaporkan:
Analisis makmal Jabatan Kimia terhadap dua produk coklat susu Cadbury - Roast Almond dan Hazelnut (badam dan kacang hazel) - disahkan tiada Asid Deoksiribonukliek (DNA) babi, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Beliau berkata kedua-dua produk yang dianalisis itu adalah daripada kelompok yang sama dengan produk yang disahkan mengandungi DNA babi sebelum ini, tetapi sampel kali ini diambil terus dari kilang pengeluar produk itu di Shah Alam. -Mkini
AstroAwani dalam ulasan mengenai isu ni melaporkan:
Kenyataan Jamil Khir itu sepatutnya menamatkan isu coklat ada babi. Dakwaan bahawa coklat Cadbury dengan kazang hazel dan buah badam ada unsur babi itu sebenarnya tidak betul. Cerita sudah habis. Umat Islam sepatutnya boleh makan coklat Cadbury (semula) tanpa was-was.

Tetapi kalau melihat kepada reaksi di media sosial sejak selepas pengumuman Jamil Khir itu, isu ini nampaknya belum lagi hendak selesai. Reaksi orang ramai bercampur-campur. Ada yang yakin, ada yang tidak yakin dan selebihnya, banyak juga yang keliru. "Sekejap ada babi, sekejap tak ada babi." Itu antara reaksi mereka.

Ada beberapa soalan yang tinggal belum berjawab:
1. Coklat yang diuji oleh Kementerian Kesihatan sebelum ini datang dari mana?
2. Ujian oleh Kementerian Kesihatan itu dibuat di mana?
3. Apakah coklat yang diuji itu tercemar di pasaran?
4. Jika benar tercemar di pasaran, bagaimana coklat yang berbungkus boleh tercemar?
5. Apakah sebenarnya coklat itu tidak tercemar di pasaran tetapi coklat yang diseludup dari negara jiran dengan bungkusan yang sama dan label yang serupa?

Ini antara soalan yang perlu dijawab oleh pihak berkuasa. - AstroAwani.

Aku malas nak ulas bab halal dan haram pasai aku bukan 'ulama' bab teknologi makanan. Lagi pun aku bukannya minat pun nak makan barangan keluaran Cadbury.

Cuma yang menariknya macam analisa Astro tu nampaknya makin ramai yang bukan setakat dan tak berapa nak percaya dah dengan JAKIM tapi ramai jugak yang berani mempersendakan JAKIM yang duduk bawah regim Kerajaan BN tu.

Tak salah kut kalau aku kata, isu Cadbury ada DNA babi ni melahirkan lebih ramai orang yang mula menentang regim.

Realitinya, kat Malaysia ni apa pun tak boleh selqgi Umno BN pegang kuasa. Main dengan kerajaan yang korup ni bukan takat projek kerajaan tapi hukum halal haram pun asa yang berani niagakan.

Jadinya, tak kira la Cadbury sengaja atau tak sengaja, terima kasih pasai meramaikan lagi penentang regim...

posted from Bloggeroid

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...