Adun Umno Selangor kecut bila kena jerkah dengan MCA dan Gerakan? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, Jun 13, 2014

Adun Umno Selangor kecut bila kena jerkah dengan MCA dan Gerakan?

Baru gertak sikit macam tu dah takut. Tu pun sembang deraih kata kat PAS konon takut kat DAP tapi depa takat nak bawa usul nak bincang kemungkinan Selangor laksanakan hudud pun takut.


Malaysiakini melaporkan:  
Ketua Pembangkang Selangor Datuk Mohd Shamsudin Lias berkata beliau menarik balik usul yang mempersoalkan mengenai kebarangkalian melaksana hudud di Selangor hari ini kerana timbul banyak kekeliruan.

Jelasnya, usul berkenaan ditarik balik kerana ia masih boleh ditanya dalam sesi perbahasan dan tidak perlu dikemuka melalui usul khusus. - Mkini.
Adun-adun Umno di Selangor ni memang jwnis bangang semuanya ka? Takkan antara usul dengan pertanyaan pun tak reti nak beza?

Malaysiakini juga melaporkan:
"Ia bukan rang undang-undang persendirian. Ia hanya bertanya kepada kerajaan (negeri) sama ada mereka mahu laksanakan hudud (atau tidak)."Kalau macam ini, kita boleh tanya dalam perbahasan," katanya kepada Malaysiakini. - Ibid.
Sebenarnya bukan depa tak tau beza antara usul dengan pertanyaan tapi sebenar-sebenarnya depa jadi kecut lepas kena jerkah MCA.

mStar melaporkan:
MCA dan Gerakan menggesa seorang Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) dari Umno supaya menarik balik cadangan untuk membentangkan usul berhubung hukum hudud apabila persidangan dewan undangan negeri disambung pada 16 Jun.

Naib presiden MCA Datin Paduka Chew Mei Fun berkata beliau menyesali tindakan Adun Sungai Air Tawar Kamarol Zaki Abdul Malik yang dilaporkan akan membentangkan usul itu kerana tiada kesepakatan antara parti komponen Barisan Nasional (BN) berhubung pelaksanaan hudud sehingga sekarang.

"Ketika wakil rakyat dari Umno itu bercadang untuk membentangkan usul itu, beliau tidak ragu-ragu lagi masuk perangkap yang dipasang oleh Pakatan, terutama PAS," kata beliau dalam kenyataan. - mStar.
Baru gertak sikit macam tu sah takut. Tu pun sembang deraih kata kat PAS konon takut kat DAP tapi depa takat nak bawa usul nak bincang kemungkinan Selangor laksanakan hudud pun takut.

Kalau harap depa nak bawa usul RRU persendirian Undang-undang Hudud tobat lahum depa tak bawak. Tak berani nak bawa sepasai tapi yang lebih parah depa aku rasa depa sebenarnya JAHIL bab uundang-undang hudud tu mengalahkan MCA dan Gerakan.



posted from Bloggeroid

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...