Timbalan Presiden: Saifuddin patut berkompromi dengan Khalid soal jawatan MB Selangor untuk sekat Azmin? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, April 10, 2014

Timbalan Presiden: Saifuddin patut berkompromi dengan Khalid soal jawatan MB Selangor untuk sekat Azmin?

Suka aku nak mencadangkan supaya Saifuddin berkompromi dengan Khalid, janjikan kerusi Menteri Besar Selangor tetap Khalid pegang kalau Khalid sanggup tarik diri dan bagi 'laluan' kepada Saifuddin menentang Azmin untuk jawatan Timbalan Presiden PKR tu.

TheMalaysianInsider melaporkan:
Pemimpin senior PKR Chua Tian Chang (gambar) memberi alasan penarikan diri daripada pertandingan timbalan presiden parti kerana yakin boleh bekerja Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

Chua, yang juga penyandang Naib Presiden PKR, berkata keputusan menarik diri dibuat selepas berbincang dengan Khalid dan Saifuddin. - TMI.  
Aku sebenarnya meluar nak komen pasai pemilihan PKR ni tapi bila baca alasan yang Khalid bagi macam kat bawah ni aku rasa aku patut komen jugak.

TheMalaysianInsider melaporkan:
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (gambar) menolak cadangan berdebat secara terbuka dengan lima lagi pesaing calon timbalan presiden PKR seperti yang dicadangkan akar umbi.

Katanya, debat bukan perkara besar kerana ia hanya terhad kepada ahli PKR sahaja dan tidak melibatkan kepentingan rakyat keseluruhannya.

"Debat ini bukan caranya kerana ahli kita bukan duduk di Kuala Lumpur sahaja.

"Kita pun bukan ada tv untuk orang ramai," katanya kepada pemberita di luar Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor. - TMI.
Memang la pemilihan PKR ni cuma untuk ahli PKR saja tapi pemimpin yang akan terpilih nanti la yang akan menentukan dasar dan cara kerja bersama-sama pemimpin PAS dan DAP dalam Pakatan Rakyat untuk menumbangkan Umno BN dan seterusnya memerintah Malaysia.

Pasai tu la aku sangat setuju debat secara terbuka diadakan, Bab takdak TV untuk orang ramai tu bukan alasan pasai sekarang ni semakin ramai rakyat yang ada akses dengan media baru samada secara langsung ataupun secara tidak langsung.

Berbalik kepada isu yang aku nak ulas, aku cukup sanjung kesediaan Tian Chua tarik diri tu, memang sangat patut Tian Chua bagi 'laluan' untuk Saifuddin menentang Azmin untuk jawatan Timbalan Presiden tu, pasainya kalau nak banding antara depa berdua memang sangat jelas Saifuddin ada peluang lebih besar untuk sekat Azmin.

Cumanya tak cukup takat Tian Chua tarik diri, Saifuddin kena bincang elok-elok dengan Khalid juga supaya salah sorang dari depa kena tarik diri kalau betul depa nak sekat Azmin dari menang jawatan Timbalan Presiden PKR.

Antara Saifuddin dan Khalid pada aku Shaifuddin lebih layak dan lebih berkalibar untuk duduk di kerusi tu. Kalau bab mengurus ekonomi memang Khalid lebih hebat dari Saifuddin tapi dari segi berpolitik aku yakin  Saifuddin jauh lebih hebat berbanding Khalid. Jadinya Khalid perlu bagi laluan kepada Saifuddin untuk menentang Azmin.

Aku rasa antara sebab Khalid bersungguh-sungguh sampai sanggup lawan Azmin untuk jawatan Timbalan Presiden tu pasai dia rasa dengan jawatan tu saja jawatan dia sebagai Menteri Besar Selangor mungkin selamat.

Aku tak kata Khalid kebuloq sangat dengan jawatan Menteri Besar Selangor tu tapi aku rasa dia belum bersedia berundur dari jawatan tu pasai masih ada beberapa plan dan hasrat dia untuk Selangor yang masih belum tercapai.

Jadinya suka aku nak mencadangkan supaya Saifuddin berkompromi dengan Khalid, janjikan kerusi Menteri Besar Selangor tetap Khalid pegang kalau Khalid sanggup tarik diri dan bagi 'laluan' kepada Saifuddin menentang Azmin untuk jawatan Timbalan Presiden PKR tu.

Kalau Khalid tarik diri dan sokong Saifuddin, ditambah lagi dengan sokongan Tian Chua, Rafizi dan Nurul Izzah, aku cukup yakin Saifuddin mampu kalahkan Azmin untuk jawatan TImbalan Presiden tu.

Kalau Saifuddin dan Khalid tak boleh berkompromi memang kompom kut Azmin akan menang besar untuk jawatan Timbalan Presiden PKR. Lagi berkepak la lepas ni dan tentu punya lagi berserabut la masalah dalaman PKR.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...