Selain dari 2 benda baru ni yang SPR nak tiru dari PEMILU Indonesia, ada lagi satu benda yang lebih patut SPR tiru yang bukan saja Indonesia buat tapi hampir semua negara di dunia termasuk Kenya.
AstroAwani melaporkan:
Proses pengundian lebih singkat dan tempoh bertenang yang dilanjutkan sehingga kepada tiga hari mungkin diperkenalkan dalam sistem pilihan raya Malaysia pada masa akan datang.
Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata suruhanjaya berkenaan sedia mengkaji dan memperkenal peraturan baharu itu jika terbukti dapat menjadikan sistem pilihan raya di Malaysia lebih efektif. - AstroAwani.
Memang pun betul macam Pengerusi SPR kata, lepas pukul 3 memang bilik mengundi dah lengang tambah-tambah untuk saluran satu. Memang kebanyakkan pengundi keluar awal. Cumanya yang mengundi lewat tu biasanya pengundi yang duduk luar yang.
Jadinya kalau SPR nak buat pendekkan masa mengundi kena pastikan pengundian dibuat pada hari cuti umum ataupun memastikan kerajaan mengistiharkan hari mengundi sebagai cuti umum.
Kalau pengundian dibuat pada hari bekerja memang kompom ramai yang tak mengundi terutama sekali pengundi yang tinggal di luar jauh dari tempat mengundi.
Dalam bab tempoh bertenang pulak, aku sebenarnya dah lama harap peraturan ni di amalkan di Malaysia.
Kalau ikut peraturan pilihanraya sekarang ni tempoh bertenang bermula dari pukul 12 tengah malam hari mengundi tapi tempoh bertenang ni difahami sebagai tak boleh tampal poster dan pasang bendera selepas pukul 12 tengah malam. Pasai tu sampai ke hari mengundi aktiviti merayu undi masih berjalan.
Aku sangat-sangat tak setuju dengan kaedah merayu undi pada hari mengundi terutama sekali di depan pusat mengundi. Kebanyakkannya bukan sangat nak merayu undi tapi lebih kepada nak memaki pihak lawan. Pasai tu aku langsung tak heran kalau ada yang sampai bertumbuk kat depan pusat mengundi.
Cumanya bab tempoh bertenang ni aku tak rasa akan berjaya dikuatkuasakan selagi SPR masih jugak dilihat sebagai 'si anjing Umno'.
Contohnya masa PRU11, beriya-iya SPR kata nak mansuhkan pondok panas dan PAS kat tempat aku pun dah prepare 'kaedah lain' menggantikan kaedah pondok panas tu. Tiba-tiba pada pagi hari mengundi puak-puak penchachai Umno pasang pondok panas depa di depan pusat mengundi, nasib baik tak jadi bergaduh besar hari tu di kawasan Parlimen Parit Buntar.
Apa pun, selain dari 2 benda baru ni yang SPR nak tiru dari PEMILU Indonesia, ada lagi satu benda yang lebih patut SPR tiru yang bukan saja Indonesia buat tapi hampir semua negara di dunia termasuk Kenya.
Harakahdaily pada Septembar 2012 melaporkan:
“Tidak ada kerajaan di dunia ini yang merahsiakan tarikh pilihan raya kecuali Malaysia,” kata Penolong Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan.
Sedangkan negara lain termasuk Indonesia telah menetapkan pilihan raya (Pemilu) pada 9 April 2014 selepas mengadakan pemilihan presiden dan wakil rakyat pada 9 April 2009.
“Begitu juga pilihan raya Filipina akan diadakan pada 13 Mei 2013. Rakyat sudah tahu. Singapura juga begitu, pilihan raya republik itu akan diadakan pada 2016.
“Negara lain termasuk Iran, Qatar, bahkan negara Afrika seperti Kenya tidak merahsiakan tarikh pilihan raya,” katanya pada ceramah perdana dan solat hajat di Padang Perdana malam tadi. - Hrkh.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis