MH370 hilang total: MAS sengaja perjudikan nasib penumpang pasai nak jimat? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, Mac 21, 2014

MH370 hilang total: MAS sengaja perjudikan nasib penumpang pasai nak jimat?

Lagi pun berapa sangat MAS boleh jimat dengan RM33 setiap penerbangan MH370 tu berbanding kerugian RM1.17billion yang MAS catatkan untuk tahun 2013.

TheMalaysianInsider melaporkan:
Penerbangan Malaysia gagal menaik taraf komputer yang mudah dan berharga hanya RM33 bagi setiap penerbangan, yang akan menyediakan maklumat penting untuk membantu mencari penerbangan MH370 yang hilang, kerana ia membuat pilihan yang lebih murah apabila membeli pesawat, The Sydney Morning Herald melaporkan.

Seorang pegawai industri satelit dipetik sebagai berkata bahawa menaik taraf sistem yang dipanggil Swift, akan menyediakan arah, kelajuan dan ketinggian pesawat MH370 walaupun selepas komunikasi lain daripada pesawat hilang daripada radar. - TMI.
TheMalaysianInsider juga melaporkan:
Menurut laporan tersebut, data daripada sistem naik taraf yang hampir serupa membolehkan penyiasat mengecilkan kawasan pencarian kepada 64 kilometer di Lautan Atlantik dalam kes hempasan 2009 pesawat AirFrance.

Dalam masa lima hari mereka dapat menjumpai serpihan daripada hempasan itu. - Ibid.
Aku tak pasti laporan ni soheh atau sekadar satu lagi spekulasi tapi kalau tengok rekod Malaysia memang langsung tak heran kalau laporan tu adalah fakta pasainya memang biasa sangat di Malaysia ni ada keputusan 'bangang' taraf macam ni.

Sejak awal cerita pesawat MH370 ni dilaporkan 'hilang total' aku pilih untuk percaya yang ada 'konnspirasi dibelakang kehilangan pesawat Boeing 777-200ER ni atau lebih tepat lagi MH370 tu sebenarnya dirampas.

Pasainya kalau ikut maklumat yang aku baca kalau pesawat ni terhempas tak kira la di darat atau di laut tentu awal-awal lagi dapat dikesan lokasi pesawat tu terhempas pasainya akan ada signal yang akan dihantar secara automatik.

Pasai tu aku percaya pesawat ni sebenarnya sengaja 'dihilangkan' dan dah selamat dirampas dan mendarat dengan selamat di suatu tempat yang dirahsiakan. Samgat tak logik pesawat tu tiba-tiba saja 'hilang total'

Pasainya bacaan mudah aku dengan teknologi terkini dengan modal tak sampai RM200 orang awam macam kita-kita ni pun dah boleh ada telefon pintar lengkap dengan sistem GPS yang boleh bagi koordinate setepat 1meter² jadinya tentu lakapalterbang MAS ada sistem yang lebih canggih lagi.

Tambah-tambah pulak pesawat MH370 yang hilang tu jenis Boeing 777-200ER yang berharga lebih RM800juta, takkan la takdak sistem yang mampu mengesan pergerakan kapal terbang tu sepanjang masa.

Pasai tu dari awal lagi aku yakin percaya MH370 tu berjaya dirampas dan mendarat dengan selamat, tak kira la setara mana canggih pun sistem keselamatan dan perhubungan pesawat Boeing tu tentu punya ada orang yang boleh 'hack' dan kontrol sistem tu.

Aku sebenarnya dah naik meluat nak baca macam-macam teori dan spekulasi pasai kehilangan MH370 ni, lagi tambah meluat bila tengok cara kerajaan Malaysia terutama sekali melalui Kementerian Pengangkutan yang kendalikan penyebaran 'fakta' kes ni. Sungguh memalukan.

Yang celakanya dalam depa dok larang rakyat berspekulasi dalam media baru tapi depa sendiri berspekulasi dengan cara yang sungguh memualkan.

Paling celaka sekali bila Kepten Zaharie dituduh bunuh diri dan meletupkan pesawat tu atas alasan marah Anwar dijatuhkan hukuman penjara kes liwat Saiful semata-mata pasai dia ahli PKR padahal belum ada bukti pun yang pesawat tu meletup.

Berbalik kepada laporan berita pasai gagal menaik taraf komputer tu, aku langsung tak percaya PAS sanggup perjudikan nasib penumpang hanya pasai nak jimat RM33.

Lagi pun berapa sangat MAS boleh jimat dengan RM33 setiap penerbangan tu berbanding kerugian RM1.17billion yang MAS catatkan untuk tahun 2013.

Apa pun, aku masih menaruh harapan kesemua 239 penumpang dan anak kapal MH370 tu selamat kembali kepada keluarga depa.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...