Pasai apa pulak Nur Jazlan kata PAC tak boleh siasat kerugian MAS? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Selasa, Mac 04, 2014

Pasai apa pulak Nur Jazlan kata PAC tak boleh siasat kerugian MAS?

Dia kata PAC tak akan siasat kerugian MAS berbillion tu pasai PAC takda kuasa nak siasat atau pun PAC sengaja takmau siasat.

TheMalaysianInsider melaporkan:
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) hari ini mengatakan mereka tidak akan menyiasat kerugian Malaysia Airlines Bhd (MAS) kerana ia bukan di bawah bidang kuasa badan itu.

Menurut Pengerusi PAS, Datuk Nur Jazlan Mohamed, PAC percaya kerugian yang melanda syarikat penerbangan milik negara berjumlah RM 1.17 bilion itu berpunca daripada masalah pengurusan pentadbiran dan bukannya kerana ketirisan. - TMI.  
Aku tak berapa nak faham statement Nur Jazlan ni. Dia kata PAC tak akan siasat kerugian MAS yang berbillion tu pasai PAC takda kuasa nak siasat atau pun PAC sengaja takmau siasat.

Macamana Nur Jazlan boleh kata masalah pengurusan pentadbiran dan bukannya ketirisan padahal PAC belum siasat pun lagi MAS tu.

MAS ni sebuah syarikat GLC dan diswastakan yang asalnya syarikat milik penuh negara. Takkankut PAC takdak kuasa siasat pasainya kerugian MAS memang mempengaruhi negara tambah-tambah kalau sampai MAS terpaksa gulung tikar akibat kerugian tu.

Aku dok agak Nur Jazlan saja takmau PAC siasat kerugian MAS pasainya kalau PAC siasat akan terbongkar banyak salahlaku yang aku yakin membabitkan individu kroni pemimpin utama Umno BN.

Aku cukup setuju dengan kenyataan Ahli parlimen Indera Mahkota macam yang dilaporkan Keadilandaily:
Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail yakin kerajaan akan tumbang sekiranya Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) membuat siasatan terhadap kerugian RM 1.17 bilion Malaysia Airlines Bhd (MAS)

Katanya, beliau mengesyaki Pengerusi PAC, Datuk Nur Jazlan Mohamed tahu kepincangan yang berlaku lalu mengambil langkah selamat untuk tidak menyiasat kes tersebut dengan alasan bukan di bawah bidang kuasa badan itu.

“Saya mengesyaki Jazlan tahu apa yang akan berlaku sekiranya disiasat, (maka) akan nampak segala kepincangan yang berlaku.

“Sebab perkara ini hanya akan terbongkar melalui siasatan PAC sahaja.

“Kalau tak ada masalah, kenapa nak larikan diri daripada disiasat?

“Sebabnya dia tidak mahu dilihat sebagai orang yang membongkar isu ini. Kalau benda ni dibawa ke dalam Parlimen, saya yakin parlimen akan kecoh dan kucar-kacir. - KeadilanDaily.
Mungkin kut tak sampai kerajaan Umno BN boleh tumbang tapi tentu punya akan bagi imej yang cukup buruk kepada kerajaan pusat pimpinan Umno BN.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...