Realitinya aku yakin Zahid Hamidi pun yakin calon dari MCA tu takkan menang PRK Kajang walau banyak mana pun rasuah pembangunan depa bagi.
Bernama melaporkan:
Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berpendapat pilihan raya kecil Dun Kajang di Selangor tidak perlu menjadi medan kepada BN untuk mencurahkan pelbagai peruntukan pembangunan.
Beliau berkata, penyaluran peruntukan sepatutnya diberikan sekiranya penduduk Kajang memberikan mandat kepada calon BN, Datin Paduka Chew Mei Fun pada pilihan raya kecil dijadual 23 Mac ini.
Katanya jentera pilihan raya BN yang merupakan pembangkang di Selangor juga perlu mengubah minda agar tidak terlalu bergantung kepada penyaluran peruntukan pembangunan dalam mendapatkan sokongan. - Sinarharian.
Nampak sangat Zahid Hamidi pun langsung tak yakin calon dari MCA tu ada harapan untuk menang PRK Kajang. Memang 'membazir' saja la kalau peruntukan ditabur untuk PRK tu.
Untuk tak bagi nampak sangat 'ketidakyakinan' dia tu, dia dilaporkan juga berkata:
Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, BN mempunyai potensi besar untuk menang pilihan raya kecil itu berikutan pengundi khususnya Melayu telah mula memberikan sokongan kepada BN setelah menyedari kerajaan Selangor gagal menyediakan infrastruktur diperlukan penduduk.Realitinya aku yakin Zahid Hamidi pun yakin calon dari MCA tu takkan menang PRK Kajang walau banyak mana pun rasuah pembangunan depa bagi.
"Di kalangan orang Cina pula mereka tahu bahawa Chew Mei Fun ketika jadi anggota Parlimen Petaling Jaya Utara merupakan seorang yang baik, turun ke bawah...jadi kalau ditakdirkan beliau menang jadi Adun Kajang, beliau akan laksanakan tanggungjawab yang sama biarpun Selangor dipegang pembangkang," katanya. - Ibid.
Rakyat Kajang yang dekat dengan Lembah Kelang tentu lebih ramai celik IT dan ada akses kepada media baru yang lebih telus tentu dah cukup maklum dengan 'JANJI DICAPATI' yang sentiasa Umno BN bagi masa PRK. Janji yang sebahagian besarnya cuma tinggal janji.
Pada aku calon Pakatan Rakyat di PRK Kajang cuma boleh kalau kalau ada sabotaj secara besar-besaran dari kalangan Pakatan Rakyat sendiri.
Walaupun memang ada nampak bunga-bunga kemungkinan sabotaj tu tapi aku cukup yakin takkan ujud sabotaj secara besar-besaran walaupun tak mustahil sabotaj tu digerakkan oleh penchachai orang no 2 dalam PKR sendiri.
Macam tu jugak sabotaj dari jentera PAS, walaupun memang nampak ada seruan ke arah tu tapi seruan tu jadi sumbang bila Presiden, Timbalan Presiden dan ketiga-tiga Naib Presiden menafikan seruan sabotaj tu. Jadinya takkan kut ada yang terlalu BANGANG yang sanggup buat kerja CELAKA tu.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis