Takkan TG Nik Aziz taktau perang dalaman Husan vs Nik Amar | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, Mac 03, 2014

Takkan TG Nik Aziz taktau perang dalaman Husan vs Nik Amar

Yang paling sesuai dan paling bertanggungjawab untuk selesaikan isu perbalahan dalaman antara Nik Amar dengan Husam ni adalah TG Nik Aziz. Aku yakin kalau TG Nik Aziz betul-betul main peranan perbalahan dalaman ni memang boleh selesai.

TheMalaysianInsider melaporkan:
Kerajaan PAS Kelantan dikatakan mempunyai masalah perpecahan, sembilan bulan selepas ikon parti itu Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meletakkan jawatan sebagai menteri besar selepas 23 tahun berkuasa.

Penggantinya, Datuk Ahmad Yakub mula menerima kritikan daripada rakan dan lawannya ekoran kegagalan menyatukan rakyat dan penyokong PAS. Sesetengah pemimpin negeri memberi amaran bahawa Kelantan mampu mengulangi apa yang berlaku kepada Kedah sebelum ini. - TMI.  
Juga dlaporkan:
Dua fraksi utama dalam PAS Kelantan adalah mereka yang bersama Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohamad Amar Nik Abdullah dan golongan menyokong bekas exco kanan, Datuk Husam Musa yang dilihat mewakili golongan progresif dalam parti. - Ibid.
Aku tak berapa pasti sejauh mana pepecahan tu tapi kalau tengok kawan-kawan punya posting dalam facebook memang nampak sangat jelas perpecahan tu memang ujud.

Artikel panjang yang bertajuk "Ahmad Yakub gagal satukan PAS Kelantan, kerajaan negeri dalam bahaya" dalam TheMalaysianInsider tu juga menyebut:
Bekas speaker DUN Kelantan, Datuk Wan Rahim Wan Abdullah menggesa PAS Pusat campur tangan dalam krisis di Kelantan sebelum terlambat. - Ibid.
Salah seorang bekas ahli Jawatankuasa Pemandu itu, Datuk Kamarudin Jaffar berkata Kelantan perlukan perhatian PAS Pusat sebelum menjadi lebih parah. - Ibid.
Cumanya aku tak rasa PAS Pusat mampu selesaikan kemelut antara kem Ust Nik Amar dengan ken Husam ni. Macam perbalahan dalaman yang jadi di kedah sebelum ni, keadaan cuma reda sikit saja tapi perbalahan dalam sebenarnya tak padam langsung.

Aku rasa yang paling sesuai dan paling bertanggungjawab untuk selesaikan isu antara Nik Amar dengan Husam ni adalah TG Nik Aziz saja. Aku yakin kalau TG Nik Aziz betul-betul main peranan perbalahan dalaman ni memang boleh selesai.

Kalau sampai TG Nik Aziz bagi kata dua aku tak rasa Nik Amar maupun Husam berani untuk melawan. Cuma yang aku mushkilnya takkan selama ni TG Nik Aziz tak buat apa-apa kut, takkan kut TG Nik Aziz tak perasan langsung masalah perbalahan Hj Husam dengan Ust Nik Amar ni kut...


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...