Kalau MH370 dirampas tapi takdak yang tuntut wang tebusan? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Ahad, Mac 16, 2014

Kalau MH370 dirampas tapi takdak yang tuntut wang tebusan?

Sebelum ni persoalan bab tebusan tu aku jawab "mungkin belum sampai masa perampas MH370 tu tuntut" tapi ada satu teori yang mencadangkan mungkin perampas MH370 tu tak perlu tuntut tebusan pasai depa dah dapat 'bagasi' yang depa nak dalam pesawat tu.

Bharian semalam melaporkan:
Pasukan penyiasat memutuskan berdasarkan hubungan terakhir satelit dengan MH370, pesawat itu berkemungkinan berada di dua koridor iaitu utara dan selatan.

Koridor utara merentasi sempadan Kazakhstan, Turkmenistan sehingga ke selatan Thailand, manakala koridor selatan dari Indonesia sehingga ke selatan Lautan Hindi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata rumusan itu dibuat oleh Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dan rakan antarabangsanya berdasarkan komunikasi terakhir antara satelit dengan MH370. - Bharian.   
Kalau ikut laporan akhbar berdasarkan sidang media yang Najib buat semalam memang nampak kompom pesawat MH370 tu telah berjaya dirampas cuma setakat ni taktau samada pesawat Boeing 777-200ER tu berjaya mendarat dengan selamat atau tidak.

Harakahdaily pula melaporkan:
AP melaporkan bahawa seorang pegawai kerajaan Malaysia telah mengesahkan bahawa pesawat MH370 dirampas.

Laporan itu menyebut, rampasan itu bukan lagi satu teori tetapi ia adalah 'konklusif'. - Hrkh.
Sejak dari awal kapalterbang ni hilang aku percaya pesawat MH370 ni dirampas tapi ada kawan-kawan yang tak setuju pasai sampai sekarang ni pun takdak sapa-sapa yang mengaku bertanggungjawab dan tuntut tebusan.

Sebelum ni persoalan bab tebusan tu aku jawab "mungkin belum sampai masa perampas MH370 tu tuntut" tapi ada satu teori yang mencadangkan mungkin perampas MH370 tu tak perlu tuntut tebusan pasai depa dah dapat 'bagasi' yang depa nak dalam pesawat tu.

Aku sebenarnya tak peduli sangat sapa yang rampas pesawat tu dan apa tujuan depa, yang penting sekarang ni apa nasib 239 penumpang dan anak kapal MH370 tu.

Kalau betul MH370 dirampas sepatutnya operasi mencari lebih ditumpukan di daratan dan bukannya di lautan pasainya takkan la perampas MH370 tu bodoh sangat paksa juruterbang bawak pesawat tu sampai habih minyak dan terhempas dalam laut.

Aku dok rasa kemungikinan besar pesawat tu selamat mendarat di sebuah pulau negara Indonesia yang ada beribu tu.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...