Pengganas etnik Muslim Uyghur rampas pesawat Boeing #MH370? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, Mac 14, 2014

Pengganas etnik Muslim Uyghur rampas pesawat Boeing #MH370?

Sangat tak adil nak tuduh masyarakat muslim Uyghur yang tertindas di wilayah Xinjiang, barat China tu sebagai pengganas yang merampas MH370 padahal kapal terbang tu masih lagi 'hilang total'.

TheMalaysianInsider melaporkan:
Amerika Syarikat (AS) percaya penutupan dua sistem komunikasi dalam pesawat Malaysia Airlines MH370 yang berlaku secara berasingan, memberi petunjuk ia adalah tindakan yang disengajakan, lapor ABC News, hari ini.

Menurut laporan itu, dua pegawai AS berkata, mereka percaya sistem laporan data ditutup pada 1.07 pagi sementara transponder dipadamkan pada 1.21 pagi pada Sabtu, ketika pesawat yang membawa 239 penumpang itu hilang daripada skrin radar. - TMI.  
Juga dilaporkan:
Terdahulu, dilaporkan bahawa satelit mengesan denyut elektronik yang lemah dari pesawat yang dalam perjalanan ke Beijing itu selepas ia hilang pada Sabtu, tetapi isyarat itu tidak memberikan sebarang maklumat di mana arah pesawat tersasar itu.

Amerika Syarikat, yang turut menyertai operasi mencari pesawat hilang itu berkata, kawasan pencarian akan diluaskan ke Lautan Hindi, selaras dengan teori menyatakan kapal terbang itu mungkin beralih laluan ke barat selepas sejam berlepas dari Kuala Lumpur. - Ibid.
Walaupun aku tak berapa nak percaya dengan laporan dari pihak yang 'kurang adil' macam pegawai AS tu tapi aku masih lagi memilih untuk percaya yang MH370 tu telah berjaya dirampas dan mendarat di satu lokasi rahsia.

Apa pun, aku kurang setuju dengan andaian sesetengah pihak yang menaitkan kemungkinan pesawat Boeing 777 tu dirampas oleh 'pengganas' etnik Uyghur.

Sangat tak adil nak tuduh masyarakat muslim Uyghur yang tertindas di wilayah Xinjiang, barat China tu sebagai pengganas yang merampas MH370 padahal kapal terbang tu masih lagi 'hilang total'.

Aku setuju dengan pendapat facebooker Dr. Tasnaka Mustafa yang tulis:
1) Kalau anda rajin menjelajah ke portal berita dunia barat, ada kecenderungan untuk mereka kaitkan insiden MH 370 dengan etnik Uyghur (Muslim yang tinggal di Xinjiang, barat China). Seminggu sebelum kehilangan MH 370, Muslim Uyghur ini dikaitkan dengan serangan di stesen keretapi Kunming. Bagi yang tahu dengan game play media, automatik akan tahu ini hanyalah rentetan terbaru sebuah ghazwah al-fikri (intellectual war).

2) Tahun 2001 dahulu berlaku tragedi 9/11. Waktu tu ramai percaya itu kerja pengganas Muslim. Tapi kini, akses internet telah mencerahkan mata fikiran. Sungguh tak lojik bagaimana sebuah pesawat komersial berjaya melepasi 'the heaviest guarded airspace in the planet' yang dikawal 24/7 oleh NORAD (North American Aerospace Defence Command). Hari ini semua orang tahu 9/11 ialah inside job untuk melegitimasikan Imperialism US.

3) Dalam kes MH 370, kita mesti bersedia dari segi mental, menghadapi ghazwah al-fikri dari barat dan sekutunya. Kalau benar berlaku pesawat itu dirampas, ianya dilakukan oleh kumpulan terlatih yang memiliki teknologi tinggi, bukan nya etnik Uyghur yang ketinggalan serba serbi.

4) Etnik Uyghur sedang berjuang untuk mendapatkan kemerdekaan dari China, dan amat memerlukan international support terutama nya dari negara Islam seperti Malaysia. Mana mungkin mereka melakukan sesuatu yang boleh merosakkan perjuangan dengan menaikkan kemarahan masyarakat antarabangsa. - Facebook.


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...