Kalaupun saman kes pil kuda ditarik balik, persepsi buruk Presiden PAS akan hilang ka? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Selasa, Februari 25, 2014

Kalaupun saman kes pil kuda ditarik balik, persepsi buruk Presiden PAS akan hilang ka?

Cuma yang aku risaunya, kalau pun kes ni berjaya "diselesaikan baik dan penuh hikmah, demi kebaikan dan kesepakatan bersama", mampukah penyelesian tu membersihkan nama Presiden PAS yang terpalit dengan isu pil kuda tu.

Harakahdaily melaporkan:  
Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Mahfuz Omar menyeru kepada seluruh ahli PAS agar bertenang berhubung perintah bayaran RM2 juta dalam penghakiman ingkar terhadap Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Beliau berkata, PAS telah mengambil tanggungjawab menyerahkan kes itu kepada pasukan peguam PAS untuk mengambil tindakan sewajarnya. - Hrkh.
Harakahdaily juga meaporkan:
"Kita telah mengarahkan pasukan peguam untuk mengambil proses perundangan sewajarnya, dan kita yakin peguam kita dapat kendalikan kes ini secara terbaik.

"Seluruh ahli PAS diminta bersabar dan banyakkan munajat agar dipermudahkan urusan peguam dan presiden kita dilindungi olah Allah SWT," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena kepada Harakahdaily. - Ibid.
Aku cukup setuju dengan blogger SisiBukit yang tulis:
Jawapan YB Datuk Mahfuz Omar ini amat bertepatan dengan parti PAS yang mengutarakan "Rahmat Untuk Semua". Jawapan yang menyenangkan semua pihak,bukan sahaja orang PAS tetapi orang di luar PAS. YB Datuk Mahfuz Omar, wakil rakyat yang matang. Terima kasih YB, jawapan yang tidak menghukum. - SisiBukit.
Kalau semua pemimpin PAS boleh bagi komen jenis kepala sejuk macam Mahfuz ni banyak masalah persepsi senang-senang boleh selesai.

Dalam perkembangan terbaru, Keadilandaily melaporkan Kenyataan Akhbar oleh Pengarah Komunikasi KEADILAN:
Saya rujuk kes saman fitnah di mana Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Presiden PAS telah diarah mahkamah untuk membayar ganti rugi RM2 juta kepada bekas calon KEADILAN bagi kerusi DUN Bukit Besi, Mohd Shamsul Mat Amin.

Pimpinan KEADILAN telah mengambil pendirian sebelum ini bahawa kes saman ini tidak perlu diteruskan. Namun sdr Mohd Shamsul telah bertegas bahawa beliau perlu membersihkan nama dan maruah beliau akibat dakwaan yang dibuat sewaktu PRU13.

Walau bagaimanapun, pimpinan KEADILAN akan mengambil langkah perlu untuk membolehkan kes ini dapat diselesaikan dengan baik dan penuh hikmah, demi kebaikan dan kesepakatan bersama.
Fahmi Fadzil
Pengarah Komunikasi KEADILAN - KeadilanDaily.
Aku cukup yakin dengan perkembangan terbaru ni, kes ni akan diselesaikan diluar mahkamah, tambah-tambah kalau Anwar sendiri 'bagi nasihat' kat Shamsul Mat Amin tu. Tapi taktau la pulak kalau bekas calon PKR untuk Dun Bukit Besi, Terengganu tu ada 'agenda' lain sampai dia berani nak lawan arahan parti dia.

Cuma yang aku risaunya, kalau pun kes ni berjaya "diselesaikan baik dan penuh hikmah, demi kebaikan dan kesepakatan bersama", mampukah penyelesian tu membersihkan nama TG Hj Hadi, Presiden PAS yang terpalit dengan isu pil kuda tu.

Kalau setakat tak perlu bayar saman RM2juta tapi nama tak dibersihkan tak guna jugak. Pasai tu dalam posting aku sebelum ni aku ada tulis:
apa yang aku nak tekankan adalah PAS perlu dibersihkan dari isu pil kuda ni. Kalau takdak cara lain melainkan TG Presiden perlu letak jawatan, mungkin itu jalan yang patut PAS pilih.

Kalau boleh dibersihkan TG Presiden dari isu pil kuda ni, itulah yang sebaiknya. Kalau TG Presiden berjaya dibersihkan maka PAS jugak secara tak langsung berjaya dibersihkan dari isu pil kuda ni.

Tak kira la macamana cara sekali pun tapi para penasihat yang hebat-hebat yang ada disekeliling TG Presiden perlu perah otak cari jalan untuk bersihkan TG Presiden dari isu pil kuda yang memalukan ni.

Kalau perlu dikambinghitamkan seseorang untuk bersihkan TG Presiden PAS 'wajib' korbankan seseorang tu. Atau kalau ada seseorang yang sanggup jadi kambinghitam dan dengan dia dikambinghitamkan nama TG Presiden dan PAS akan jadi bersih, itu lebih baik. - Ibid.
Tak tau la pulak kalau para penasihat yang hebat-hebat yang ada disekeliling TG Presiden rasa isu ni isu remeh temeh yang takkan bagi kesan langsung kepada PAS...

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...