Apa pun, yang paling penting sekali, akhirnya rakyat Selangor akan bebas dari masalah air yang selalu timbul pasai karenah puak-puak penchachai yang ada dalam syarikat konsesi air tu yang selalu sangat beraksi macam 'si anjing Umno.
Harakahdaily melaporkan:
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) dengan Kerajaan Pusat bagi membolehkan Selangor mengambil alih empat syarikat konsesi air di negeri itu dengan suntikan dana RM2 bilion bagi pengambil alihan saham-saham syarikat konsesi.
MOU berhubung penstrukturan semula industri bekalan air Selangor itu ditandatangani di Kompleks Perdana Putra,Putrajaya. - Hrkh.
Setelah hampir 5 tahun berjuang akhirmya Khalid Ibrahim membuktikan kehebatan dia berpolitik gaya koperat dan Najib dan Muhyiddin terpaksa mengakui kehebatan dan kuasa yang ada pada Khalid Ibrahim yang cukup masak dengan dunia koperat.
Walaupun masa mula-mula dulu Khalid cukup keras pasai projek Langat 2 dan ramai rakyat Selangor yang terpaksa menderita terputus bekalan air pasai air mentah tak cukup akibat musim kemarau sekarang ni tapi nampaknya itu harga yang terpaksa rakyat Selangor 'bayar' supaya bab penurusan iar di Selangor jadi hak milik negeri, bukan lagi bahan niaga syarikat koperat.
Apa pun, yang paling penting sekali, akhirnya rakyat Selangor akan bebas dari masalah air yang selalu timbul pasai karenah puak-puak penchachai yang ada dalam syarikat konsesi air tu yang selalu sangat beraksi macam 'si anjing Umno.
Harap-harap lepas ni rakyat negeri Selangor akan dapat menikmati air yang bukan saja lebih murah tapi juga perkhidmatan yang lebih berkualiti.
Takdak lagi dah kut masalah air tiba-tiba takdak pasai kelemahan pengurusan air dan penduduk rumah pangsa yang layak dapat pengecualian bil air tapi dinafikan hak depa tu pasai masalah meter pukal yang sebelum ni syarikat konsesi gagal selesaikan.
Cuma yang aku sikit heran pasai apa pulak Kerajaan Negeri Selangor terpaksa bayar pampasan sampai macam tu punya mahal.
Harakahdaily juga melaporkan:
Selain itu, Kerajaan Negeri juga akan memberikan pampasan bernilai RM9.65 bilion kepada empat syarikat konsesi air di Selangor. - Ibid.Patutnya pampasan tu ditranggung sama oleh kerajaan pusat pasainya Kerajaan Pusat pun untung jugak bila Projek Langat 2 boleh diteruskan balik dan tak perlu fikir lagi pasai kemungkinan kena bayar pampasan kepada Pahang pulak.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis