Anwar memang suka Hj Hadi disaman isu pil kuda? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Selasa, Februari 25, 2014

Anwar memang suka Hj Hadi disaman isu pil kuda?

Tak salah kut persepsi aku Anwar Ibrahim sebenarnya memang suka Presiden PAS Tg Hj Hadi di saman pasai isu pil kuda ni...

AstroAwani melaporkan:
Calon Bebas yang akan bertanding di Kajang, Datuk Zaid Ibrahim mempersoalkan sikap Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes saman ahli partinya terhadap Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Zaid mendakwa sikap berdiam diri Anwar itu memberi gambaran wujudnya perselisihan antara PAS dan PKR dalam gabungan yang dinamakan Pakatan Rakyat. - AstroAwani.
AstroAwani juga melaporkan:
Katanya terdapat alternatif lain untuk menyelesaikan pertikaian antara dua parti politik tanpa menggunakan saluran undang-undang.

"Dari segi moral, tindakan ahli PKR untuk mendakwa Abdul Hadi menunjukkan pakatan tidak teratur dan saya hairan kenapa Anwar tidak menghalang ahli partinya menyaman kawan baiknya walaupun perkara itu berlaku semasa pilihan raya umum lepas," katanya dalam satu kenyataan. - Ibid.
Betul atau tidak andaian Zaid ni tak berapa nak penting sangat kut dari segi politik, yang lebih penting sekarang ni apa persepsi rakyat dengan isu ni.

Aku cukup setuju dengan Zaid, pasai apa nampak macam Anwar tak buat apa-apa dalam isu ni. Aku yakin kalau Anwar buat 'sesuatu' tentu punya kes ni tak berpanjangan sampai kena naik mahkamah.

Pasainya, kalau contohnya Anwar bagi 'nasihat' kat Mohd Shamsul yang juga Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Dungun tu tentu punya dia takkan 'berani' nak teruskan kes saman tu. Kalau Shamsul berani lawan 'nasihat' Anwar tu tentu punya mamat tu kena hentam teruk dengan 'macai' Anwar.

Berbeza sungguh dengan tindakan PAS kalau isu starateji 'bangang' Kajang boleh dijadikan contoh. walaupun memang terdapat suara-suara keras dari PAS terutama dari golongan yang aku nampak macam 'anti-Anwar' tapi pimpinan utama PAS masih membela Anwar.

Salahuddin Ayub, Naib Presiden PAS update status dalam page dia:

Sumber: Facebook
Tak salah kut kalau persepsi aku Anwar Ibrahim sebenarnya memang suka Presiden PAS Tg Hj Hadi di saman pasai isu pil kuda ni...

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...