Wajarkah Presiden PAS berundur atas isu pil kuda? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, Februari 24, 2014

Wajarkah Presiden PAS berundur atas isu pil kuda?

Tak kira la macamana cara sekali pun tapi para penasihat yang ada disekeliling TG Presiden perlu perah otak cari jalan untuk bersihkan TG Presiden dari isu pil kuda yang memalukan ni.

MalaysianInsider melaporkan:
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang (gambar) diarahkan membayar saman RM2,000,000 oleh Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu dalam penghakiman ingkar yang diperolehi oleh Mohd Shamsul bin Mat Amin, calon PKR DUN Bukit Besi, Terengganu.

Selain itu, Abdul Hadi juga diarahkan membayar 5% faedah dari writ difailkan sehingga penyelesaian penuh dan kos tindakan sebanyak RM1,500. - TMI.  
Masa dengar video penjelasan TG Hj Hadi yang sebut pasai pil kuda dulu tu aku sebenarnya sangat-sangat percaya yang maklumat tu benar lagi soheh. Aku cukup yakin takkan la kut Presiden PAS nak cakap pasai pil kuda tu kalau dia takdah bukti soheh pasai benda tu.

Kalau dengar video ucapan TG Hj Hadi tu memang takdak persepsi lain melainkan memang kompom ada salah sorang dari calon PKR di Terengganu yang memang soheh ada bukti jual pil kuda.

Tapi, dengan perkembangan terkini, persepsi aku dah jadi terbalik, aku yakin yang sebenarnya TG Presiden masa tu takdak bukti soheh melainkan telah diyakinkan oleh seseorang ataupun sekumpulan orang yang rapat dengan TG Presiden.

Pada aku isu pil kuda ni satu isu yang cukup memalukan PAS. Sebagai ahli Parti Islam Semalausia PAS, aku langsung takdak hujjah yang meyakinkan untuk mempertahankan PAS dalam isu pil kuda ni pasai yang terpalit dengan fitnah ni adalah Presiden PAS sendiri.

Sebagai sebuah parti Islam yang bercita-cita nak mentadbir Malaysia dengan cara Islam yang syumul, PAS perlu membersihkan diri dari isu yang memalukan ni.

Mungkin ramai dari kalangan ahli PAS yang rasa tajuk yang aku letak kat atas tu tak wajar tapi apa yang aku nak tekankan adalah PAS perlu dibersihkan dari isu pil kuda ni. Kalau takdak cara lain melainkan TG Presiden perlu letak jawatan, mungkin itu jalan yang patut PAS pilih.

Kalau boleh dibersihkan TG Presiden dari isu pil kuda ni, itulah yang sebaiknya. Kalau TG Presiden berjaya dibersihkan maka PAS jugak secara tak langsung berjaya dibersihkan dari isu pil kuda ni.

Tak kira la macamana cara sekali pun tapi para penasihat yang hebat-hebat yang ada disekeliling TG Presiden perlu perah otak cari jalan untuk bersihkan TG Presiden dari isu pil kuda yang memalukan ni.

Kalau perlu dikambinghitamkan seseorang untuk bersihkan TG Presiden PAS 'wajib' korbankan seseorang tu. Atau kalau ada seseorang yang sanggup jadi kambinghitam dan dengan dia dikambinghitamkan nama TG Presiden dan PAS akan jadi bersih, itu lebih baik.

Tapi kalau TG Presiden sanggup berlapang dada dan berjiwa besar mengambil tanggungjawab atas isu ni dengan mengumumkan perletakan jawatan, itu adalah proses pembersihan yang terbaik untuk PAS.

Dan aku yakin kalau kena dengan 'skrip'nya, akhirnya TG Hj Hadi akan terus 'terpaksa' pegang jawatan Presiden PAS tu.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...