Lagipun dah takdak keperluan kut nak terus kambinghitamkan Khir Toyo dengan kes bernilai RM6.5 juta tu, PRU13 dah lama habis dan Umno BN berjaya mengekalkan kuasa di Putrajaya.
Malaysiakini melaporkan:
Rayuan terakhir bekas menteri besar Selangor, Dr Mohd Khir Toyo, yang dijadual didengar hari ini di mahkamah tertinggi di negara ini, telah ditangguhkan kepada suatu tarikh yang belum ditetapkan.
Ketua komunikasi korporat Mahkamah Persekutuan Mohd Aizuddin Zolkeply berkata penangguhan itu disebabkan oleh sebab-sebab yang "tidak dapat dielakkan dengan pihak mahkamah". - Mkini.
Aku cukup tak faham la sistem mahkamah ni, pasai apa suka sangat tangguhkan kes sampai bertahun-tahun tak selesai lagi. Macam kes Khir Toyo ni, dia mula didakwa di Mahkamah Seksyen pada 6 Disember 2010.
Sekarang ni dah masuk bulan Februari tahun 2014 maknanya dah 4 tahun kes ni berjalan masih belum selesai lagi. Khir Toyo kira bernasib baik la walaupun hukuman dah pun dijatuhkan tapi perlaksanaan hukuman tu ditangguhkan sampai habis kes ni dirayu.
Bagi kes-kes yang lain ada yang terpaksa menjalani hukuman walaupun kes depa masih belum selesai, ada yang dah bertahun terhukum di penjara tapi akhirnya dibebaskan pasai didapati tak bersalah, satu bentuk kezaliman yang terpaksa depa tanggung akibat kelemahan sistem kehakiman.
Berbalik kepada kes Khir Toyo ni, bagi aku lebih mengarut lagi bila kes ni dilaporkan ditangguh ke tarikh yang entah bila dan sebabnya pulak disebut sebagai atas sebab-sebab yang "tidak dapat dielakkan dengan pihak mahkamah".
Koman sangat ka Mahkamah Persekutuan sampai terpaksa sekadar sebut "atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan", langsung tak mencerminkan integriti yang patutnya jadi ciri utama sistem kehakiman. Ataupun mungkinkah Mahkamah Persekutuan sebenarnya berniat nak sorok sebab sebenar kes tu ditangguhkan.
Lagi satu, payah sangat ka nak tetapkan tarikh baru untuk kes tu. Takkan kut Mahkamah Persekutuan koman sangat sampai nak tentukan tarikh pendengaran rayuan pun jadi satu masalah yang sangat payah. Kalau payah sangat, takkan sampai tak boleh ditetapkan tarikh untuk menetapkan tarikh baru kes tu akan didengar.
Apa pun, aksi Mahkamah Persekutuan semalam menguatkan lagi persepsi aku sebelum ni macam yang pernah aku tulis dalam posting aku sebelum ni pada 23 Disember 2011:
Ramalan aku, kalau Umno BN terus memerintah selepas PRU13, Khir Toyo pun akhirnya akan dibebaskan. - Ibid.Otak nakal aku mencadangkan, mungkin pendengaran rayuan terakhir kes ni terpaksa ditangguhkan pasai Mahkamah Persekutuan terpaksa merombak panel hakim yang akan mendengar kes ni untuk pastikan yang diakhir perbicaraan nanti panel hakim akan membebaskan Khir Toyo dari tuduhan tu.
Aku dok rasa akhirnya Khir Toyo akan dibebaskan dari tuduhan sama macam Shariff Jajang dibebaskan sebelum ni. Lagipun dah takdak keperluan kut nak terus kambinghitamkan Khir Toyo dengan kes bernilai RM6.5 juta tu, PRU13 dah lama habis dan Umno BN berjaya mengekalkan kuasa di Putrajaya.
Yang ditangguhkan kes ni pun tak mustahil jugak mungkin atas sebab takmau 'ganggu' kempen lucah Umno BN untuk PRK Kajang yang Anwar Ibrahim jadi calon tu.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis