Yang aku mushkilnya kalau KONSENSUS NASIONAL tu cuma setakat nak dialog dengan Umno BN dalam isu-isu tu untuk capai 'kesepakatan' apa perlu sampai ada 'pertemuan dalam gelap'.
Malaysiakini melaporkan:
Gesaan berterusan Pakatan Rakyat supaya diadakan dialog bi-partisan bagi membincangkan isu-isu nasional yang dihadapi negara bukan merupakan "bunga-bunga" kepada pembentukan sebuah kerajaan perpaduan, tegas Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Jika tidak, katanya, beliau tidak akan pergi ke negeri Selangor - merujuk kepada pilihan raya kecil DUN Kajang yang akan ditandinginya. - Mkini.
Juga dilaporkan:
"Parameter (dialog itu) sangat jelas - jaminan perlembagaan dan memberi keyakinan kepada rakyat... berdasarkan kepada jaminan ini.Yang aku mushkilnya kalau kONSENSUS NASIONAL tu cuma setakat nak dialog dengan Umno BN dalam isu-isu tu untuk capai 'kesepakatan' apa perlu sampai ada 'pertemuan dalam gelap'.
"(Ia akan membabitkan) isu-isu perkauman, agama, ekonomi, jenayah dan rasuah - tidak lebih dari itu ," katanya kepada Malaysiakini.
Menurut Anwar, ini telah menjadi matlamat akhirnya sejak tawaran Pakatan kepada BN untuk konsensus nasional itu, pertama kali dibuat Ogos lalu. - Ibid.
Malaysiakini juga melaporkan:
"Ya, menang ada pertemuan antara Saifuddin dan Zahid, tetapi hanya untuk menyuarakan (isu-isu) ini... kerana (BN) bertanya sama ada kita serius atau ini hanya gimik politik," kata Anwar. - Ibid.Yang ramai mushkil dan risau dengan Konsensus Nasional tu pasai bunyinya macam gah sangat kalau pun mungkin tak sehebat plan 16 September 2008, tahap rahsia dia pun nampak macam setanding tahap kerahsiaan plan 16 September tu.
Lagi satu, kalau Konsensus Nasional tu sebenarnya cuma setakat nak berdialog bi-partisan dengan Umno BN, tak payah la kut buat aksi macam menatang tu gah sangat, sungguh-sungguh berahsia sejak bulan Ogos tahun lepas, maknanya dah lebih 5 bulan.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis