Ust Zamihan sokong Harussani, memang elok memang padan... | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Ahad, Januari 05, 2014

Ust Zamihan sokong Harussani, memang elok memang padan...

Nak bersangka baik dengan orang macam Harussani yang kata isu peserta demonstrasi 31 Disember 2013 tu bughah dan darah halal dibunuh? Sangat tak sesuai kut, bukan sekali dua dia buat kenyataan kontroversi macam ni, dah banyak kali dah. 

Sinarharian melaporkan:
Pertubuhan Ahli Sunnah Waljamaah (Aswaja) menjelaskan pandangan yang dikeluarkan oleh Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berhubung peserta perhimpunan pada 31 Disember lalu tidak dihuraikan dengan baik sehingga mendatangkan pelbagai andaian.

Presidennya, Zamihan Mat Zin berkata, Harussani membuat kenyataan tersebut setelah membuat pertimbangan terhadap beberapa aspek dan perlu dianggap sebagai peringatan supaya tidak terlalu ghairah mencari perubahan yang mana akhirnya hanya akan mengundang mudarat. - Sinarharian.
Syok jugak tengok cubaan Ust Zamihan yang terkantoi dengan bukti gred B isu Mat Sabu Syiah hari tu, cuba nak sokong Harussani. Sokong bawa rebah boleh laaa...

Dia kata kononnya kenyataan Harussani tu sebagai peringatan. Peringatan kepala hotak apanya kalau terang-terang Harussani kata:
"sepatutnya semua peserta perhimpunan pada 31 Disember lalu ditangkap kerana menderhaka kepada kerajaan dan “dihalalkan darah golongan bughah (pemberontak)”.

“Sepatutnya semua peserta perhimpunan ditangkap kerana menderhaka kepada kerajaan dan dari hukum syarak, dihalalkan darah golongan bughah." - Ibid.
Peringatan bukan macam ni, yang ni namanya menjatuhkan hukuman oleh Harussani sebagai mufti kepada semua peserta demonstrasi tu termasuk aku tanpa dibagi peluang membela diri. Pemuda PAS Perak nak jumpa mintak penjelasan pun dia menyorok.

Sinarharian juga melaporkan:
“Kita perlu sedar, apabila bercakap tentang hukum yang bukan qat'ie (pasti) maka ia bersifat ijtihadi yang mengambil kira fakta, masa, tempat, keadaan dan kesannya. - Ibid.
Tak kena kut pertahankan Harussani guna ayat macam tu pasainya kalau ikut ayat Harussani, benda tu tak macam ijtihadi tapi dah qat'ie.

TheMalaysianInsider melaporkan:
Harussani berkata kenyataan yang dikeluarkannya bukanlah didalangi oleh pihak tertentu atau faktor kewangan tetapi berlandaskan nas Al Quran.

“Walaupun diletakkan duit di depan saya dengan nilai setinggi RM10 bilion pun, saya tidak akan sesekali bercakap bukan daripada landasan Islam. Apa yang saya kata berdasarkan firman Allah. Bukan saya reka, jauh sekali mencari publisiti.

“Kita nak buat kerja agama kena jujur, jangan tukar kenyataan. Nak kata apa, katalah. Banyak yang mengata, banyak juga yang menyokong saya. Kenyataan asal saya disalah ertikan beberapa pihak hingga terjadi macam ni,” katanya. - TMI.
MalaysianInsider juga melaporkan Ust Zamihan berkata:
“Kita perlu bersangka baik dengan beliau yang merupakan seorang ulama dan juga mufti pro aktif Ahli Sunnah Wal Jamaah, bukannya pengampu politik sebagaimana yang dikatakan sesetengah pihak. - Ibid.
Nak bersangka baik dengan orang macam Harussani yang kata isu peserta demonstrasi 31 Disember 2013 tu bughah dan darah halal dibunuh? Sangat tak sesuai kut, bukan sekali dua dia buat kenyataan kontroversi macam ni, dah banyak kali dah.

Sebelum ni yang paling mengarut dia gunakan hujjah "sultan sebagai bayangan tuhan di bumi" pasai tak setuju Hj Nizar belasah aksi Sultan Johor yang membazir tahap gaban.

Lagi mengarut bila Ust Zamihan guna alasan "mufti pro aktif Ahli Sunnah Wal Jamaah", nampak sangat dia ada dendam peribadi dengan Dr. Asri yang sebelum ni belasah fatwa Harussani kaw-kaw punya...

Memang elok dan padan sangat la bila Zamihan sokong Harussani, dua-dua kaki jiat pemimpin Umno, sokong membawa rebah...

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...