Apa pun, aku sokong tindakan Makcik Khamsiah ni turut sama buat laporan polis isu Harussani tuduh dia bughah tu walaupun aku cukup yakin laporan polis tu cuma boleh jadi setakat dokumentasi rasmi, tak kira walau beribu pun yang buat laporan.
Harakahdaily melaporkan:
Seorang peserta Himpunan Turun hari ini membuat laporan polis berhubung kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang mendakwa peserta himpunan pada malam 31 Disember lalu adalah 'bughah' dan halal darah mereka.
Laporan tersebut dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh di sini kira-kira pukul 3.00 petang bersama Dewan Pemuda PAS Perak yang diketuai oleh Ketuanya, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss bersama Penolong Setiausahanya, Ustaz Hafez Sabri.
Khamisah Abdul Hamid, 55, berkata, kenyataan Harussani itu telah mengancam keselamatan keseluruhan ahli keluarganya yang menyertai himpunan itu. - Hrkh.
Harakahdaily juga melaporkan:
Menurutnya, ramai yang mengetahui akan kehadiran mereka memandangkan tersiar gambar mereka di himpunan itu di dada-dada akhbar.Lain kali kalau takut sampai macam tu sekali baik tak payah pi demonstrasi la, kena ugut dengan 'mufti penchachai Umno' tu pun nak takut ka, lawak sungguh laa...
"Kami sekeluarga rasa diancam dengan kenyataan Mufti Perak itu, kami terpaksa melalui kehidupan yang tidak tenteram selepas fatwa itu dikeluarkan.
"Darah kami dianggap halal untuk dibunuh, ianya adalah satu kenyataan yang menggalakkan berlakunya keganasan termasuklah pembunuhan," katanya ketika ditemui Harakahdaily. - Ibid.
Aku yakin majoritinya yang macam aku, bangga bila Harussani gelar peserta demonstrasi 31 Disember 2013 tu sebagai 'bughah' maknanya himpunan tu memang bagi kesan yang cukup besar termasuk kepada mufti yang sampai tahap terpaksa 'jual' agama untuk membela kerajaan Umno BN dari 'digulingkan'.
Aku harap Ketua Pemuda PAS yang baru, Dr. Raja Iskandar Raja Yaacob boleh tolong bagi kaunseling kat Makcik Khamsiah tu, takut dia punya tertekan jadi semakin teruk sampai nak keluar rumah pun tak berani pulak.
Itu pun nasib baik lagi tak betul-betul jadi rusuhan siap dengan parang panjang melayang dan bom meletup sana sini macam yang Timbalan Ketua Polis Wilayah, Amar Singh Ishar Singh 'cadangkan'. Kalau tidak tentu punya lagi tertekan teruk Makcik Khamsiah ni.
Apa pun, aku sokong tindakan Makcik Khamsiah ni turut sama buat laporan polis isu Harussani tuduh dia bughah tu walaupun aku cukup yakin laporan polis tu cuma boleh jadi setakat dokumentasi rasmi pasainya tentu punya polis takkan ambik apa-apa tindakan dengan laporan polis tu, tak kira walau beribu pun yang buat laporan.
Cumanya, yang positifnya aku yakin lepas ni takdak lagi kut ahli agama penchachai Umno BN yang senang-senang nak guna istilah bughah.
Lagi satu aku harap tekanan yang Makcik Khamsiah hadapi tu akan reda sepenuhnya menjelang 1 Mei 2014, pasainya pada tarikh tu akan ada Himpunan 'bughah' yang lebih besar, rugi la kalau orang macam Makcik Khamisah tak berani nak turun sekali lagi.
Kita tunggu la lepas 1 Mei nanti, apa pulak istilah yang akan keluar dari mulut 'peniaga agama' macam Harussani tu...
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis