Apa pun alasan, Mercedes-Benz S300L untuk Guan Eng adalah keputusan politik BANGANG | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Ahad, Januari 05, 2014

Apa pun alasan, Mercedes-Benz S300L untuk Guan Eng adalah keputusan politik BANGANG

Dalam isu Penang beli Mercedes-Benz S300L untuk Guan Eng guna duit rakyat ni hakikatnya adalah satu keputusan politik yang bangang, sangat-sangat BANGANG.

Sinarharian melaporkan:
Susulan pelbagai reaksi dan tuduhan tidak berasas berhubung pembelian kereta Mercedes-Benz S300L untuk Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Pegawai Kewangan negeri, Datuk Mokhtar Mohd Jait sekali lagi mengeluarkan kenyataan bagi menjelaskan fakta mengenai perkara berkenaan.

Menurutnya, Ketua Menteri layak untuk menggunakan dua kereta Mercedes-Benz S400 dan Mercedes-Benz S300 namun Guan Eng kini hanya menggunakan sebuah kereta iaitu Mercedes-Benz S300L dengan harga RM298,263.75 berbanding dengan harga biasa RM657,218.00. - Sinarharian.    
Sinarharian melaporkan panjang lebar 'penjelasan' Pegawai Kewangan negeri tu dalan usaha nak bagi nampak keputusan Guan Eng memang layak pakai Mercedes-Benz S300L.

Kenyataan Pegawai Kewangan negeri tu dikuatkan lagi oleh Roketkini yang melaporkan:
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dialu-alukan menyiasat pembelian Mercedes-Benz S300L oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam kenyataan medianya hari ini mengulas laporan portal berita FZ.com bahawa terdapat kemungkinan pembelian kereta rasmi Ketua Menteri itu disiasat SPRM.

“Sama ada SPRM akhirnya akan menyiasat atau tidak, kerjasama sepenuhnya akan diberikan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang

“Kerajaan negeri adalah bersih dan saya tidak mempunyai apa-apa untuk disembunyikan,” ujarnya. - Roketkini.
Isunya sekarang ni bukan layak atau tak Ketua Menteri Pulau Pinang guna kereta apa pun, isunya sekarang ni patut ka dak dalam keadaan rakyat semakin rasa tersepit dengan kenaikan kos sara hidup tiba-tiba Guan Eng yang mengaku konon nak tiru cara kepimpinan Umar Abdul Aziz beli kereta mewah guna duit rakyat untuk kegunaan dia.

Sehingga hari ni semakin ramai rakyat yang dah mula nampak apa yang DAP buat di Penang cukup baik, satu realiti yang Umno BN cukup takut, tapi dengan satu tindakan BANGANG macam ni, apa saja yang Guan Eng dan DAP dah buat di Penang terus tenggelam.

Pasai tu pada aku, dalam isu Penang beli Mercedes-Benz S300L untuk Guan Eng guna duit rakyat ni hakikatnya adalah satu keputusan politik yang bangang, sangat-sangat BANGANG.

Kalau tak percaya hangpa boleh buat survey, aku yakin majoriti orang melayu akan termakan dengan isu ni, bukan takat di Penang tapi di seluruh Malaysia, tindakan politik BANGANG macam ni memang merugikan Pakatan Rakyat.

Kalau la ditakdirkan dalam masa terdekat ni ada PRK, memang jenuh la jentera pilihanraya nak menjawab isu ni dan aku yakin akan cukup banyak undi yang akan terlepas hanya sebab isu ni saja.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...