Harap-harap Allahyarham Ust Harun Taib dah maafkan pengkritik kurang ajaq macam aku | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Sabtu, Januari 25, 2014

Harap-harap Allahyarham Ust Harun Taib dah maafkan pengkritik kurang ajaq macam aku

Terdiam lama jugak aku pasai teringat banyak aku tulis dalam blog ni mengkritik Allahyarham Ust Harun Taib sebagai ketua Dewan Ulama' PAS Pusat yang tentunya dengan standard bahasa aku yang kasaq dan kurang ajar.

Harakahdaily melaporkan:
Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib kembali ke rahmatullah di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu pada jam 12.05 tengah malam ini.

Demikian dimaklumkan oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali kepada Harakahdaily sebentar tadi.

Katanya, perkara itu dimaklumkan kepada beliau oleh anak Allahyarham. - Hrkh.
Aku dapat tau pasai kematian Allahyarham masa tengah melepak kat kedai mamak, masa member tunjuk status sapa tah kat dalam facebook pasai tu macam biasa aku tak berapa nak percaya, bukan sekali dua orang yang dilaporkan dalam facebook dah meninggal tapi sebenarnya tak meninggal tapi bila bukak whatsapp JITP ada yang hantar "Maklumat Rasmi" memang kompom berita tu.


Terdiam lama jugak aku pasai teringat  betapa banyak aku tulis dalam blog ni mengkritik Allahyarham Ust Harun Taib sebagai ketua Dewan Ulama' PAS Pusat yang tentunya dengan standard bahasa aku yang kasaq dan kurang ajar.

Macam yang biasa aku tulis "Ilmu depa aku sangat hormat tapi kerja buat depa kadang-kadang buat aku hangat". Memang aku tak boleh nafikan cukup banyak aksi allahyarham dari segi politik yang aku tak berapa boleh nak terima yang aku kritik secara kurang ajaq dan aku harap sangat-sangat apa yang aku tulis tu ikhlas untuk kebaikan parti dan juga rakyat.

Apa pun, jasa allahyarham memang sangat besar untuk PAS terutama sekali yang melibatkan tarbiah dan PAS memang kehilangan seorang tokoh 'murabbi'.

Dan sebagai tokoh 'murabbi' aku yakin dan berharap sangat-sangat Allahyarham adalah seorang yang berjiwa besar yang dapat terima kritikan dan tak simpan dalam hati walaupun kritikan yang kurang ajar macam kritikan aku.

"Moga Allah merahmati roh beliau dan meletakkan beliau bersama roh para nabi, siddiqin, syuhada dan solihin."

BTW, bagi yang harap sangat ada PRK dalam masa terdekat ni, dukacita dimaklumkan yang allahyarham bukan lagi wakil rakyat. Allahyarham tak bertanding dalam PRU ke 13 yang lepas dan kerusi Allahyarham di Dun Manir diganti oleh anak allahyarham.



Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...