Penyokong PAS patut sokong Zahid Hamidi tubuh Unit Polis Syarie untuk JAKIM | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Sabtu, Januari 25, 2014

Penyokong PAS patut sokong Zahid Hamidi tubuh Unit Polis Syarie untuk JAKIM

Tapinya aku suka tengok dari sudut lain, pada aku cadangan penubuhan Unit Polis Syarie ni cukup baik untuk perlaksanaan undang-undang Islam termasuk Hudud bila Pakatan Rakyat dan PAS berjaya tawan Putrajaya nanti.

AstroAwani melaporkan:
Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan bekerjasama menubuhkan Unit Polis Syarie sebagai langkah menyelesaikan isu-isu berkaitan penguatkuasan dan perundangan Islam.

Menteri berkenaan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata KDN mendapat persetujuan JAKIM untuk menubuhkan unit itu, yang antara lain, akan mempunyai anggota polis berkelulusan ijazah dan ijazah sarjana. - AstroAwani.  
Aku tau ramai ahli dan penyokong Pakatan Rakyat termasuk PAS cukup prejudis dengan cadangan Zahid Hamidi ni, memang patut cadangan dari pemimpin Umno memang patut sangat kita prejudis pasainya memang biasanya cadangan dari depa ni cuma untuk untungkan depa saja.

Tapinya aku suka tengok dari sudut lain, pada aku cadangan penubuhan Unit Polis Syarie ni cukup baik untuk perlaksanaan undang-undang Islam termasuk Hudud bila Pakatan Rakyat dan PAS berjaya tawan Putrajaya nanti.

Memang aku pun semacam yakin perjalanan Unit Polis Syarie untuk peringkat awal ni akan sikit sebanyak bagi persepsi buruk untuk Islam tapi untuk jangka panjang Unit Polis Syarie memang berguna.

Bila Pakatan Rakyat dan PAS dah berkuasa nanti, tak perlu lagi bersusah payah nak rangka dan tubuhkan unit atau pasukan yang akan menguatkuasakan undang-undang Islam dan Hudud, cuma perlu perbetulkan sikit sebanyak Unit Polis Syarie ni sebagai badan penguatkuasa.

Dengan komposisi Pakatan Rakyat yang pelbagai rencam aku rasa agak payah kalau PAS sendiri yang nak mulakan dari zero.

Pasai tu secara rohnya aku setuju dengan cadangan Zahid Hamidi kali ni, secara ruhnya saja la pasai aku yakin aku akan berpeluang untuk kritik Unit Polis Syarie sebaik saja depa mulakan tugas depa yang pertama buat penguatkuasaan...

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...