Apa kejadah pulak Khairy tiba-tiba jadi BANGANG pi bela Adnan Mansor? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, Januari 24, 2014

Apa kejadah pulak Khairy tiba-tiba jadi BANGANG pi bela Adnan Mansor?

Aksi Khairy bela Adnan Mansur dalam isu RON95 cuma untuk orang miskin tu dari segi politiknya satu aksi yang bangang. Taktau la pulak dia memang ada 'hutang' dengan Adnan Mansur sampai perlu bela sampai macam tu.

mStar melaporkan:
Dalam usaha untuk mengurangkan perbelanjaan kerajaan dan memastikan semua subsidi kerajaan dinikmati rakyat Malaysia yang layak sahaja, harga subsidi bagi bahan api RON 95 dijangka hanya disediakan untuk golongan miskin.

Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor membuat pendedahan ini pada Khamis sambil menambah dasar harga baru akan berkuatkuasa pada Mei atau Jun tahun ini. - mStar.
mStar juga melaporkan:
"Kami mahu mengenakan kenaikan hanya kepada mereka yang mampu. Seseorang mungkin memandu (Toyota) Alphard ataupun Mercedes (Benz) tetapi mereka masih menggunakan petrol RON95."

Beliau berkata mungkin mereka yang tidak layak untuk membeli minyak RON95 pada harga subsidi, hanya layak untuk membeli petrol RON97. - Ibid.
AstroAwani pula melaporkan:
Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini memaklumkan bahawa petrol RON95 hanya akan dijual kepada golongan yang layak sahaja.

Katanya untuk memastikan semua subsidi kerajaan dinikmati rakyat Malaysia yang layak sahaja, harga subsidi bagi RON95 dijangka hanya disediakan untuk golongan miskin.

Jelas Tengku Andan, pendekatan itu antara lain sebagai usaha mengurangkan perbelanjaan kerajaan dan dasar harga baru itu dijangka berkuatkuasa pada Mei atau Jun tahun ini.

"Kami mahu mengenakan kenaikan hanya kepada mereka yang mampu… seseorang mungkin memandu (Toyota) Alphard ataupun Mercedes (Benz) tetapi mereka masih menggunakan petrol RON95," katanya kepada pemberita. - AstroAwani.
Macam tu punya jelas punya berita sumber pulak bukannya dari Harakahdaily atau Keadilandaily atau Roketkini. Bukan jugak bersumber dari Malaysiakini atau TheMalaysianInsider tapi bersumberkan dari mStar dan juga AstroAwani malah berita AstroAwani tu siap ada video lagi.

Tiba-tiba boleh keluar kat dalam facebook BarisanNasional poster macam kat bawah ni:


TheMalaysianInsider melaporkan:
Putrajaya today accused the media of spinning stories, saying there were no plans to limit the sale of RON95 fuel to the lower-income group.

Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin (pic) said in a tweet he had checked with Federal Territories Minister Tengku Adnan Tengku Mansor.

"Tengku Adnan did not say RON95 will be sold to the lower-income group or the poor. Do not spin untrue stories," Khairy tweeted. - TMI.
Ada dua kemungkinan kat sini, yang pertama mungkin betul wartawan tersalah petik tapi takkan kut wartawan mStar dan AstroAwani berani nak salah petik benda isu macam ni.

Yang kedua, dan aku yakin yang betulnya Adnan Mansor dah terlepas cakap lepas tu bila tengok ramai yang menentang cadangan dia tu terus dia buat u-turn kata konon wartawan salah petik.

Tak kira la yang pertama atau kedua, pada aku aksi Khairy membela Adnan Mansur dalam isu RON95 cuma untuk orang miskin tu dari segi politiknya satu aksi yang bangang. Taktau la pulak dia memang ada 'hutang' dengan Adnan Mansur ataupun terpaksa sampai perlu bela sampai macam tu.

Pasainya dari segi politik aksi dia kali ni langsung tak menguntungkan. Lagi pun sebagai menteri belia dan sukan dia tak payah sibuk bab RON95 ni un takpa, belambak lagi isu belia dan sukan yang yang lebih patut sibuk.

Apa pun, pada aku cadangan Adnan Mansor ni satu cadangan yang baik, memang sepatutnya subsidi minyak hanya untuk golongan yang memerlukan cuma masalahnya dengan keadaan kos sara hidup yang semakin meningkat ni hampir semua golongan di Malaysia ni rasa depa layak untuk dapat subsidi.

Yang tak layak mungkin cuma pemimpin Umno BN dan kroni depa yang bolot harta negara dan rakyat Malaysia.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...