Bakal Peguam negara kena denda pasai melanggar Akta Profesion Guaman? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, Januari 10, 2014

Bakal Peguam negara kena denda pasai melanggar Akta Profesion Guaman?

Macam posting aku sebelum ni, sekarang lagi nampak semakin jelas ada pertempuran antara Dr. Mahathir dan Najib dan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini nampak semacam 'serangan balas' dari pihak Najib pulak.

Utusan melaporkan:
Permohonan peguam, Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah untuk mengetepikan hukuman denda RM5,000 atas dakwaan telah melanggar Akta Profesion Guaman, ditolak oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Muhammad Shafee memfailkan permohonan tersebut untuk mengetepikan keputusan yang dibuat oleh Badan Disiplin Peguambela dan Peguamcara bertarikh 23 September 2010 kerana didakwa melakukan salah laku dalam profesion kerana mempublisiti dirinya dan firma guamannya.

Beliau didakwa melakukan kesalahan itu dalam satu temu ramah dengan wartawan akhbar The Star, Shahanaz Habib bertarikh 27 September 2009. - Utusan.
TheMalaysianInsider pada 17 Disember ada melaporkan:
Datuk Seri Anwar Ibrahim menuduh Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mengambil peranan sebagai timbalan pendakwa raya (DPP) dalam rayuan kes liwatnya dengan harapan untuk menjadi bakal Peguam Negara.

Ketua pembangkang itu berkata, ramai di kalangan ahli politik dan pengamal undang-undang di Kuala Lumpur tahu bahawa Shafee secara terbuka menyatakan cita-citanya untuk menggantikan Tan Sri Abdul Gani Patail sebagai Peguam Negara.

“Ini menjelaskan mengapa Shafee begitu kritikal terhadap Gani dalam akuan berkanun (Datuk Mat Zain Ibrahim),” katanya dalam afidavit kedua menyokong permohonan mengapa Shafee patut diketepikan daripada bertindak sebagai DPP dalam kes liwat. - TMI.
Harakahdaily pula pada 14 November melaporkan:
Datuk Seri Anwar Ibrahim menuduh Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mengambil peranan sebagai timbalan pendakwa raya (DPP) dalam rayuan kes liwatnya dengan harapan untuk menjadi bakal Peguam Negara.

Ketua pembangkang itu berkata, ramai di kalangan ahli politik dan pengamal undang-undang di Kuala Lumpur tahu bahawa Shafee secara terbuka menyatakan cita-citanya untuk menggantikan Tan Sri Abdul Gani Patail sebagai Peguam Negara.

“Ini menjelaskan mengapa Shafee begitu kritikal terhadap Gani dalam akuan berkanun (Datuk Mat Zain Ibrahim),” katanya dalam afidavit kedua menyokong permohonan mengapa Shafee patut diketepikan daripada bertindak sebagai DPP dalam kes liwat. - Hrkh.
Harakahdaily juga melaporkan:
Minggu lepas (7 November 2013), saya menegaskan bahawa walau apa pun agenda tersembunyi bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang sekarang ini sedang membuat ‘gerakan’ untuk menyingkirkan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail yang beliau sendiri lantik pada tahun 2002, Abdul Gani tetap wajib disiasat secara menyeluruh di atas segala dakwaan salah laku sepanjang memegang jawatan sebagai Peguam Negara.

Apa yang jelas, agenda sebenar Tun Mahathir ialah untuk menaikkan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah sebagai Peguam Negara yang baru menggantikan Gani. Kehadiran Shafee di dalam pertemuan khas membincangkan perilaku Gani di rumah Tun Mahathir pada Ogos lepas menunjukkan bahawa agenda ini sedang berjalan rancak.

Tun Mahathir berfungsi sebagai ‘jarum’ untuk menyucuk Perdana Menteri supaya segera menyingkirkan Gani bagi membolehkan Shafiee dilantik segera sebagai Peguam Negara yang baru. - Ibid.
Macam posting aku sebelum ni, sekarang lagi nampak semakin jelas ada 'pertempuran' antara Dr. Mahathir dan Najib dan aku yakin keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini adalah sebahagian dari 'serangan balas' dari pihak Najib.

Kalau tidak takkan la Hakim Mahkamah Tinggi nak berani buat ruling "mahkamah tidak mahu campurtangan dalam keputusan yang telah dibuat oleh Badan Disiplin terhadap peguam itu" sedangkan Shafie Abdullah adalah peguam bebas yang tiba-tiba dilantik sebagai Timbalan Pendakwa Raya (DPP) dalam rayuan kes liwat Anwar Ibrahim, satu kes berbau politik yang berprofile cukup tinggi.

Berkaitan:

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...