Apa pun, aku harap cubaan Dr. Mahathir gulingkan Najib dari dalam kali ni gagal tak macam dia berjaya singkirkan PakLah dulu. Selagi Najib yang jadi Perdana Menteri kerja pembangkang untuk gulingkan Umno BN melalui pilihanraya akan jadi semakin mudah.
Malaysiakini melaporkan:
Bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak memerlukan jet mewah dan besar sewaktu mentadbir negara selama 22 tahun.
Bagaimanapun, kerajan sekarang mungkin mempunyai lebih banyak dana dan mampu untuk memperoleh pengangkutan mewah seperti itu, katanya dalam satu program bual bicara disiarkan stesen RTM2 untuk memperingati 11 tahun persaraannya. - Mkini.
Malaysiakini juga melaporkan:
"Baiklah, sudah tentu sekarang, kerajaan adalah lebih kaya daripada semasa (zaman pentadbiran) saya, maka mungkin mereka perlu melakukan menaik taraf sistem penerbangan," katanya sinis. - Ibid.Dalam berita lain Malaysiakini melaporkan:
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mencadangkan pelaksanaan semula Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bagi menangani tindakan puak ekstremis minoriti yang menjejaskan kestabilan negara.Aku malas nak komen pasai isu pembaziran jet peribadi ni pasai ramai dah yang ulas termasuk page facebook Dr. Asri Zainal Abidin.
Beliau menyifatkan segelintir puak pelampau ini sebagai kumpulan yang tidak matang dan sanggup mengeluarkan kenyataan menyakitkan hati yang mengganggu keharmonian dan sensitiviti kaum lain di negara ini.
"Untuk golongan pelampau sebegini, kita memerlukan ISA. ISA tidak diperlukan untuk orang macam saya kerana saya seorang yang sangat bagus," katanya kepada pemberita selepas menjadi tetamu undangan khas dalam program berbahasa Inggeris RTM2 'Hello On Two', yang disiarkan secara langsung di Wisma TV, Angkasapuri di Ibunegara hari ini. - Mkini.
Macan tu jugak dengan cadangan Dr. Mahathir supaya diujudkan balik ISA yang Najib mansuhkan dan secara rasmi ditutup minggu lepas dengan pembebasan 6 tahanan terakhir.
Aku cuma nak sebut yang nampaknya Dr. Mahathir pun dah tak tahan dengan Najib macam dia tak tahan dengan PakLah dulu. Aku yakin Dr. Mahathir dah mula gerakan nak singkirkan Najib pulak kali ni.
Nampaknya Dr. Mahathir dah makin tak tahan dengan Najib. Mungkin tepat macam andaian beberapa pihak yang kata Dr. Mahathir dah mula gerakkan strategi untuk menggulingkan Najib dari dalam.
Apa pun, aku harap cubaan Dr. Mahathir gulingkan Najib dari dalam kali ni gagal tak macam dia berjaya singkirkan PakLah dulu. Selagi Najib yang jadi Perdana Menteri kerja pembangkang untuk gulingkan Umno BN melalui pilihanraya akan jadi semakin mudah.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis