Apa kesalahan Hasan Malek, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan ni pulak sampai dia nak kena letak jawatan. Setakat buat kenyataan bodoh bukan satu kesalahan, tambah-tambah pulak kalau memang dah 'ditakdirkan' dia memang bodoh.
AstroAwani melaporkan:
Datuk Seri Hasan Malek tidak meletakkan jawatan sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.
Penafian itu dilakukan oleh Pejabat Menteri tersebut dalam satu kenyataan dua perenggan yang dikeluarkan kepada Bernama di sini hari ini. - AstroAwani.
Sapa la yang mangkaq sangat pi fitnah kata menteri Umno yang paling cerdik ni letak jawatan menteri, sangat tak sesuai. Lagi pun seingat aku takdak kut sebelum ni ada menteri tiba-tiba saja letak jawatan.
Macam Shahrizat Jalil yang letak jawatan sebagai menteri dua tahun lepas bukan pasai dia yang nak letak jawatan, bermati-matian dia berusaha mempertahankan jawatan walaupun terpalit teruk dengan isu NFC RM250juta.
Tapi bila dia dipanggil mengadap dinasihatkan pulak oleh Najib dan tentunya dengan janji tertentu dia akhirnya bersetuju mengumumkan perletakan jawatan.
Apa kesalahan Hasan Malek, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan ni pulak sampai dia nak kena letak jawatan. Setakat buat kenyataan bodoh bukan satu kesalahan, tambah-tambah pulak kalau memang dah 'ditakdirkan' dia memang bodoh.
Lagi pun, ingat senang-senang ka boleh dapat peluang jadi menteri, walaupun elaun keraian kena potong baru ni tapi pendapatan depa sebagai menteri tetap tinggi tambah-tambah kalau pandai cari duit luar memang kaya-raya la.
Bukan takat menteri tu ja kaya-raya tapi anak-anak pun boleh tumpang sama sampai boleh beli rumah harga RM7.2juta. Pasai tu sangat tak logik ada menteri kabinet Najib yang saja-saja sanggup nak letak jawatan.
Lagi satu, aku sangat sokong menteri macam Hasan Malek ni pertahankan jawatan dia sungguh-sungguh malah kalau dia ada kembar yang macam dia pun patut Najib lantik jadi menteri jugak. Senang sikit kerja kita nak menghasut rakyat supaya menggulingkan kerajaan Najib Rosmah masa PRU14 akan datang.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis