Yang sangat-sangat jelas majoriti masih percaya dan mengharapkan Khalid Ibrahim terus pegang jawatan Menteri Besar Selangor dan sangat-sangat jelas majoriti takmau Azmin Ali pegang jawatan tu dan PJ PAS Selangor cuma dapat 8% undi.
mStar melaporkan:
Pelbagai pihak mahukan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kekal sebagai Menteri Besar Selangor mengikut undian yang dijalankan oleh The Star pada Selasa.
Undian yang bermula pada pukul 8 pagi itu telah menarik perhatian seramai 2,125 pengundi untuk membuat pilihan dengan 43 peratus mahu Abdul Khalid dikekalkan. - mStar.
mStar juga melaporkan:
Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli pula mendapat sebanyak 24 peratus undian untuk berada sebagai pilihan kedua dengan 497 undi.Ringkasannya
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dinamakan sebagai calon pilihan raya kecil itu hanya menjadi pilihan ketiga dengan mendapat 21 peratus atau 450 undi.
Berada di kedudukan keempat pula ialah Ahli Dewan Undangan Negeri Cempaka, Iskandar Abdul Samad yang mendapat 172 undi iaitu 8 peratus.
Ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali pula menjadi pilihan terakhir dengan 91 undi atau 4 peratus dari keseluruhan pilihan. - Ibid.
1. Khalid Ibrahim 43% (2,125 undi)
2. Rafizi Ramli 24% (497 undi)
3. Anwar Ibrahim 21% (450 undi)
4. Iskandar Samad 8% (172 undi)
5. Azmin Ali 4% (91 undi)
Walaupun undian online ni mungkin tak tepat tapi ia tetap melambangkan sesuatu. Yang sangat-sangat jelas majoriti masih percaya dan mengharapkan Khalid Ibrahim terus pegang jawatan menteri Besar Selangor dan sangat-sangat jelas majoriti takmau Azmin Ali pegang jawatan tu dan PJ PAS Selangor cuma dapat 8% undi.
Jugak jelas yang majoriti masih mau pemimpin PKR yang pegang jawatan tu, Pesuruhjaya PAS Selangor yang juga Exco kanan yang ramai terutamanya penyokong PAS cadangkan nama dia untuk jawatan MB Selangor tu cuma dapat 8% undi, jauh ditinggalkan oleh Anwar yang dikedudukan ketiga dengan 21% undi
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis