Kalau tak hargai jugak pengorbanan PAS memang PKR kompom BANGSAT | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, Januari 30, 2014

Kalau tak hargai jugak pengorbanan PAS memang PKR kompom BANGSAT

Dalam keadaan kegelisahan sampai macam tu pun, PAS Pusat ambik keputusan secara rasminya untuk berikan sokong penuh pencalonan Anwar sebagai calon PRK N45 Kajang, satu tindakan yang cukup tak popular terutama sekali kepada ahli dan penyokong tegar PAS.

TheMalaysianInsider melaporkan:
Tindakan PAS memberikan sokongan penuh kepada pencalonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang adalah untuk menunjukkan semangat setiakawan ketika parti rakannya itu sedang menghadapi masalah.

Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub dalam satu kenyataannya hari ini berkata:"Adalah penting di saat-saat sukar begini PAS terus dilihat sebagai rakan yang setia dalam persahabatan." - TMI
Memang pun kalau di tengok sketsa BANGANG PRK Dun Kajang, majoriti komen-komen semua bawa roh mempertikaikan 'strategi rahsia' PKR kali ni.

Ada yang terlebih keras macam kenyataan Pemuda PAS Selangor yang sampai bagi kata dua, ada jugak yang dengan nada lembut tapi mempersoalkan pasai apa PAS tak diajak berbincang 'strategi' tu dan ada yang memilih untuk tunggu dan lihat perkembangan seterusnya. Yang jelasnya suara kegelisahan ahli dan penyokong PAS boleh nampak dengan sangat jelas.

Hampir takdak kut yang sokong 'strategi' PKR tu. Dan memang pun tak sepatutnya PAS sokong 'strategi' tu membuta tuli, tambah-tambah strategi tu dilihat BANGANG, terutama sekali dari sudut membazir duit rakyat dalam keadaan semakin ramai rakyat menderita dengan kenaikan kos sara hidup sekarang ni.

Suara kegelisahan tu menang jelas sangat, dari peringkat akarumbi terutama sekali blogger dan facebookers hinggalah kepada pimpinan tertinggi PAS termasuk Mursyidul Am PAS TG Nik Aziz.

Dalam keadaan kegelisahan sampai macam tu pun, PAS Pusat ambik keputusan secara rasminya untuk berikan sokong penuh pencalonan Anwar sebagai calon PRK N45 Kajang, satu tindakan yang cukup tak popular terutama sekali kepada ahli dan penyokong tegar PAS.

Pada aku ahli dan penyokong terutama sekali pimpinan PKR patut sangat-sangat hargai sokongan PAS tu, cumanya depa kena ingat PAS Pusat bukan sokong membuta-tuli.

Kalau sokongan PAS sampai tara tu pun PKR berani dikhianati, penyokong Pakatan Rakyat tanpa kira parti patut mencela dan menghukum PKR kalau akhirnya PAS terpaksa ambil keputusan keluar dari Pakatan Rakyat.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...