Mat Sabu tak sporting langsung isu sketsa bangang PRK Kajang | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Rabu, Januari 29, 2014

Mat Sabu tak sporting langsung isu sketsa bangang PRK Kajang

Kalau dah tak tahan sangat nak belasah jugak-jugak sketsa bangang PRK Dun Kajang tu, jangan la belasah atas nama jawatan tapi belasah la atas nama peribadi. Taktau la pulak kalau yang bagi kenyataan garang tu sebenarnya ada agenda peribadi atau kelompok sendiri. 

TheMalaysianInsider melaporkan:
Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu menggesa anggota parti Islam tersebut supaya patuh kepada keputusan meletak calon PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pilihan raya kecil di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.

"Boleh ambil pandangan peribadi tapi keputusan parti yang diambil kira," kata Mohamad dalam sidang media bersama Anwar di ibu pejabat PKR petang ini. - TMI.   
Mat Sabu ni pun, bagi la peluang ahli PAS nak hentam Anwar dan PKR bagi puas dulu, ni belum apa-apa dah jatuh hukum kena wala', tak sporting langsung.

Kesian kat Pemuda PAS Selangor yang semalam garang sangat sampai bagi kata dua kat Anwar Ibrahim, entah macamana la reaksi depa dengan 'amarah' Timbalan Presiden PAS ni lepas ni. Harap-harap depa boleh berjiwa besar mengaku silap pasai depa terlalu mengikut emosi.

Aku secara peribadi tak berapa setuju jugak dengan kenyataan keras dari pemimpin PAS terutama sekali kata dua Pemuda PAS Selangor tu, kenyataan macam tu akan ujudkan persepsi yang sangat tak elok untuk bukan saja kepada Pakatan Rakyat tapi juga kepada PAS senang-senang akan dispin tak reti berkawan.

Takat nak belasah Anwar dan PKR untuk sketsa bangang PRK Kajang tu biar kat blogger dan facebookers macam aku ja, apa-apa hal parti senang nak berlepas tangan.

Dan memang kaw-kaw pun blogger dan facebookers pro-PR belasah Anwar dan PKR belasah kali ni. Majoriti besarnya menang bagi komen negatif sketsa bangang Dun Kajang ni, sikit sangat yang tinggal yang cuba mempertahankan tindakan Anwar dan PKR kali ni.

Tapi macam kenyataan Pemuda PAS Selangor yang sampai bagi kata dua tu memang sangat tak cerdik la. Takkan kut depa rasa depa hebat sangat sampai Anwar akan turut kehendak depa. Akhirnya yang malu Pemuda PAS jugak pasainya takkan berani Pemuda PAS Selangor nak keluarkan arahan untuk boikot kalau PAS Pusat sendiri arahkan Pemuda PAS buatkerja untuk PRK Dun Kajang tu.

Pemimpin PAS semua peringkat patut ambik contoh macam kenyataan Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub yang cukup playsafe, tak menentang keputusan PKR letak Anwar sebagai calon PRK Dun Kajang tapi nak kata betul-betul sokong pun tidak jugak.
Mengulas pemilihan Anwar pula, Salahuddin berkata, ianya adalah keputusan terbaik yang dirasakan oleh PKR bagi menyelesaikan masalah dalaman parti itu, dan menerima secara terbuka.

"Pencalonan Anwar itu bagi saya isu dalaman PKR dan ia sebagai penyelesaian terbaik, kita diberitahu kekosongan dan tanggungjawab sebagai rakan Pakatan Rakyat kita akan memberi sokongan.

"Begitu juga jika berlaku dalam PAS mahupun DAP, parti-parti akan memberi sokongan," jelasnya. - Ibid.
Lagi cantik kalau ambik pendekatan macam yang TG Nik Aziz buat, sambil-sambil singgung PKR pasai tak bincang dulu sebelum buat keputusan, terus jawab dengan cara serang Umno.
Ramai yang menghubungi saya untuk bertanyakan pandangan tentang isu DUN Kajang yang dikosongkan oleh wakil rakyatnya.

Saya tidak tahu menahu tentang strategi atau isu yang berlaku sehingga membawa kepada pengosongan tersebut. Justeru, saya perlu menunggu penjelasan dari pihak PKR sendiri yang tentunya mempunyai sebab-sebab tertentu sehingga langkah ini terpaksa dilakukan. Dalam hal ini, sikap PAS tentunya lebih wajar diputuskan oleh Tuan Guru Presiden PAS selaku kuasa eksekutif di dalam parti berdasarkan pertimbangan-pertimbangan semasa.

Bagaimanapun, saya muak dengan akhbar-akhbar pro UMNO yang memainkan isu kononnya langkah mengosongkan kerusi itu ialah langkah memanipulasi demokrasi. Barangkali UMNO lupa, langkah mereka di Perak pada tahun 2009 itulah langkah yang benar-benar jijik iaitu membelakangkan terus demokrasi dan merampas kerajaan melalui pintu belakang. UMNO jangan berlagak baik sedangkan dosa-dosa mereka di Perak masih segar dalam ingatan.

Saya suka mencabar UMNO dan Barisan Nasional, jika mereka berpandangan pengosongan kerusi di DUN Kajang itu satu pembaziran dan penghinaan terhadap proses demokrasi, jangan sekali-kali mereka meletakkan calon di dalam pilihanraya kecil itu nanti. - Fb Nik Aziz.
Lagi pun PAS Pusat terutama sekali Lajnah Politik dan Pilihanraya belum sempat bincang lagi pasai isu ni, tunggu la dulu pendirian rasmi parti.

Kalau dah tak tahan sangat nak belasah jugak-jugak, jangan la belasah atas nama jawatan tapi belasah la atas nama peribadi. Taktau la pulak kalau yang bagi kenyataan garang tu sebenarnya ada agenda peribadi atau kelompok sendiri.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...