Pelajaran dari demonstrasi `Bangkok Shutdown' disertai kira-kira sejuta orang | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Selasa, Januari 14, 2014

Pelajaran dari demonstrasi `Bangkok Shutdown' disertai kira-kira sejuta orang

Aku yakin pihak PDRM tengah tengok secara dekat demonstrasi Himpunan Tutup Bangkok ni, aku yakin depa akan ambil pengajaran dari demonstrasi ni, cumanya mungkin lebih kepada nak halang demonstrasi macam ni dan tentunya bukan dari sudut macamana demonstrasi besar macam ni berjalan tapi Bankgog tetap lagi aman.

Bernama melaporkan:
Kira-kira beberapa ratus ribu hingga sejuta orang menyertai kempen 'Tutup Bangkok' di tujuh tapak perhimpunan di tengah Bangkok hari ini yang menghalang lalu lintas di beberapa jalan utama.

Perhimpunan itu bertujuan mendesak peletakan jawatan Perdana Menteri sementara Yingluck Shinawatra dan penangguhan pilihan raya umum pada 2 Feb, yang dijangka berlarutan antara beberapa hari hingga beberapa minggu. - Bharian.
Bharian juga melaporkan:
Kesan langsung adalah jalan menghala ke tengah Bangkok, yang lazimnya sibuk dan seringkali sesak, hampir lengang atau tiada lalu lintas sama sekali memandangkan penduduk sama ada memilih untuk menjauhkan diri atau menggunakan pengangkutan altertif misalnya perkhidmatan tren.

Perkhidmatan tren penuh dengan penumpang dan beroperasi pada kapasiti maksimum pada siang hari memandangkan peserta perhimpunan memilih tren sebagai kaedah pengangkutan utama mereka.

Banyak kompleks beli-belah yang dibuka meskipun terletak dalam lingkungan tapak perhimpunan namun ada juga kedai yang ditutup. - Ibid.
Juga dilaporkan:
"Saya bangga dapat menyertai tunjuk perasaan ini. Saya faham ia akan menjejaskan kehidupan penduduk tetapi saya tidak boleh duduk di rumah saja. Saya mahu pembaharuan kepada negara ini terlebih dahulu, barulah kita boleh mengadakan pilihan raya yang bebas dan adil," kata Morny.

Wanita berusia 31 tahun itu memohon cuti daripada majikannya hari ini untuk menyertai tunjuk perasaan di persimpangan Pratumwan di sini. - Ibid.
Dailamail melaporkan:
Tens of thousands of protestors have ‘shutdown’ Thailand’s capital city Bangkok as part of ongoing demonstrations against the country’s government.Roads have been blockaded and encampments have been set up at eight main demonstration points in the city centre.

But the Tourism Authority of Thailand (TAT) insisted that Bangkok was ‘still open for business’ for tourists and that its main attractions - including the Grand Palace and the Temple of the Emerald Buddha - were operating as normal.

The barricades have brought traffic to a standstill on 16 major roads in the city, forcing 800,000 commuters to find alternative routes to work. But the city’s airports, trains and river ferries were operating as normal and most shops were open.

Protest leader Suthep Thaugsuban said he would not shut down public transport or Bangkok's airports. 'We will allow tour buses to use a single traffic lane that will be opened for buses, emergency services and ambulances', he said. - Dailymail.

Apa pengajaran dari 'Himpunan Tutup Bangkok' ni?

Aku yakin pihak PDRM tengah tengok secara dekat demonstrasi Himpunan Tutup Bangkok ni, aku yakin depa akan ambil pengajaran dari demonstrasi ni, cumanya mungkin lebih kepada nak halang demonstrasi macam ni dan tentunya bukan dari sudut macamana demonstrasi besar macam ni berjalan tapi Bankgog tetap lagi aman.

Di pihak 'peminat' demonstrasi pulak terutama sekali pihak yang kata akan anjurkan Himpunan Turun Kos Sara Hidup pada 1 Mei depan, aku harap depa pun tengah tengok secara dekat ka dak demonstrasi di Bangkok ni.

Mungkin dah ada kut yang dah ada pun di Bangkok untuk tengok secara dekat dan ambik pelajaran yang boleh digunapakai untuk 'kejayaan' himpunan besar-besaran 1 Mei nanti.

Lagi satu, bersempena popularnya kangkung sekarang ni, mungkin sesuai kut kangkung dijadikan maskot untuk himpunan 1 Mei nanti.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...