Sebab sebenar Azmin digugurkan dari Ahli Lembaga Pengarah PKNS? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Ahad, Januari 12, 2014

Sebab sebenar Azmin digugurkan dari Ahli Lembaga Pengarah PKNS?

Walaupun aku tergolong dalam golongan yang meluat sangat-sangat dengan Azmin tapi aku tak sokong keputusan kerajaan negeri Selangor tak sambung khidmat Azmin Ali sebagai Ahli Lembaga Pengarah PKNS ni, sangat tak gentelmen

mStar melaporkan:
Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali mengesahkan pada Sabtu bahawa beliau menerima sepucuk surat berhubung penggugurannya sebagai ahli lembaga pengarah dalam Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) bagi penggal baharu.

Bagaimanapun, Azmin enggan menjelaskan lebih lanjut mengenai punca mengapa beliau tidak dikekalkan. Difahamkan, beliau telah mengembalikan kereta yang disediakan untuk lembaga pengarah PKNS. - mStar.  
Setakat ni aku tak jumpa  lagi kenyataan rasmi pasai apa khidmat Azmin sebagai Ahli Lembaga Pengarah PKNS tak disambung. Laman portas rasmi PKR, Keadilandaily.com pun takdak langsung laporan pasai isu ni.

Kalau nak kata Azmin tak perform sebagai Ahli Lembaga Pengarah PKNS, langsung tak logik kut pasainya apa sangat tugas dan tanggungjawab ahli lembaga pengarah selain dari hadir mesyuarat. Tambah-tambah jawatan tu lantikan politik yang sebenarnnya lebih kepada nak bagi pendapatan tambahan kepada ahli poltik.

Sedtakat ni tak nampak sebab yang lebih relevan melainkan tindakan tak sambung khidmat Azmin tu ada sangkut paut dengan pemilihan pimpinan PKR yang akan berlangsung tak lama lagi.

Walaupun aku tergolong dalam golongan yang meluat sangat-sangat dengan Azmin tapi aku tak sokong keputusan kerajaan negeri Selangor tak sambung khidmat Azmin Ali sebagai Ahli Lembaga Pengarah PKNS ni, sangat tak gentelmen

Kecuali la kalau Azmin mempergunakan jawatan dia tu untuk menyusahkan pentadbiran PKNS yang boleh dianggap mensabotaj Kerajaan Negeri.

Aku harap sangat-sangat Khalid Ibrahim tak main bangsat dalam politik macam Azmin jugak...

Apa pun, kita tunggu tengok apa komen Khalid Ibrahimm pasai isu ni atau pun lebih menarik lagi kalau komen tu keluar melalui mulut Faekah, individu yang paling Khalid Ibrahim percaya.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...