Tolak perlantikan MT Umno, Ust Kazim cakaq balik belakang Najib? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Rabu, Disember 04, 2013

Tolak perlantikan MT Umno, Ust Kazim cakaq balik belakang Najib?

Dan tindakan Ust Kazim tolak perlantikan sebagai MT Umno yang Najib buat tu macam dia cakaq balik belakang Najib. Tindakan Ust Kazim tu mengambarkan yang dia tak hormat kat Najib langsung.

Sinarharian melaporkan:
Pendakwah terkenal, Ustaz Mohammad Kazim Elias mengumumkan menolak pelantikannya sebagai Ahli Majlis Tertinggi Umno.

Pengumuman tersebut dibuat beliau di hadapan kira-kira 2,000 hadirin dalam satu program ceramah agama Taman Ria, di sini, malam tadi, menurut sumber RTM.

Sabtu lalu, Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor telah mengumumkan sembilan lagi ahli MT parti itu, termasuk Mohammad Kazim. - Sinarharian.   
Sungguh aku tak sangka Ust Kazim yang memang suka glamer ni buat keputusan tolak perlantikan dia sebagai Ahli Majlis Tertinggi Umno.

Tapi bila difikirkan balik memang aku tak patut heran dia tolak perlantikan tu. Apa sangat yang dia boleh dapat bila dilantik sebagai MT Umno? Boleh la kut kalau setakat nak dapat bantuan 'one-off' untuk sekolah dia tapi kalau takat untuk tu tak payah jadi MT pun boleh dapat kut.

Lain la kalau dia dilantik jadi Timbalan Menteri macam Jamil Khair dan dan beberapa tokoh agama sebelum ni. Dah la dapat elaun menteri dapat pulak elaun senator dan lebih hebat lagi boleh 'pegang' peruntukan untuk kementerian.

Takat jadi MT Umno bukannya ada elaun, silap-silap ceramah dia lepas ni pun Umno tak bayar saguhati dah, takkan jemput MT Umno untuk program Umno pun depa nak kena bayaq juga.

Dah la peluang dia untuk dijemput oleh ahli PAS yang banyak jaga surau dan masjid dah tertutup langsung lepas insiden ni, kalau tidak sebelum ni ada jugak depa-depa yang belum kenai dia jemput dia bagi ceramah.

Pada aku tindakan Najib umumkan perlantikan Ust Kazim jadi MT Umno tanpa persetujuan dia dulu bukannya 'garu belakang' tapi lebih macam cakaq belakang Ust Kazim.

Dan tindakan Ust Kazim tolak perlantikan sebagai MT Umno yang Najib buat tu macam dia cakaq balik belakang Najib. Tindakan Ust Kazim tu mengambarkan yang dia langsung tak hormat kat Najib.

Malu la Najib ada yang sanggup tolak perlantikan yang Najib sendiri cadang dalam mesyuarat MT Umno. Tak pernah lagi kut dalam sejarah Umno jawatan yang Presiden Umno bagi ada yang berani tolak.

Dalam perkembangan berkaitan Zaharin Mohamad Yasin, ahli Umno yang biasa buat kontroversi hentam Umno sebelum ni update dalam facebook dia:

Sumber: Facebook 
Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...