Kenaikan tarif elektrik : 70.67% pengguna domestik kena tipu dengan menteri? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Selasa, Disember 03, 2013

Kenaikan tarif elektrik : 70.67% pengguna domestik kena tipu dengan menteri?

Bagi yang rasa lega bila baca ayat 'penyedap hati' ni yang kata hangpa tak terlibat dengan kenaikan tarif elektrik terbaru ni hangpa sebenarnya silap, atau mungkin lebih tepat kalau aku kata BANGANG pasai berjaya ditipu dan diperbodohkan lagi oleh menteri Umno.

mStar melaporkan:
Semakan tarif elektrik yang berkuat kuasa 1 Januari, 2014, dijangka memberi kesan sementara kepada kadar inflasi negara, kemungkinan naik sedikit kepada 3.0 peratus tahun depan daripada 2.8 peratus sekarang, kata Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.

Beliau berkata bank pusat itu tidak menilai bagi asas bulan ke bulan. "Penilaian awal kami ialah ia mungkin menyebabkan kenaikan inflasi sebanyak 0.4 peratus. Justeru itu, memandangkan kadar semasa ialah 2.8 peratus, ia boleh mencecah 3.0 peratus," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan di Sidang Kemuncak Tenaga 2013, di sini. - mStar.  
Aku langsung takdak latarbelakang ekonomi dan memang tak berapa nak faham sangat pasai inflasi. Bila Gabenor Bank Negara kenaikan tarif elektrik tu cuma bagi kesan sementara kepada kadar inflasi dan kadar inflasi cuma "NAIK SEDIKIT", aku terima 'seadanya' laa...

Cuma yang aku mushkilnya, masa harga minyak naik dulu takdak pulak Gabenor Bank Negara ni sebut pasai kesannya ke atas inflasi, berapa peratus inflasi naik. Macam tu jugak bila gula naik harga pun takdak cerita pasai kenaikan kadar inflasi.

Mungkin kut kenaikan tarif elektrik ni lebih teruk kesan dia berbanding kenaikan harga minyak dan gula.

Dalam bab kenaikan tarif elektrik ni jugak dalam berita lain mStar melaporkan:
Bagaimanapun, 70.67 peratus atau 4.56 juta daripada keseluruhan 6.45 juta pengguna domestik di Semenanjung dan 62 peratus atau 260,000 daripada 418,000 pengguna domestik di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, yang menggunakan elektrik pada kadar 300 KWJ dan ke bawah, tidak terlibat dengan semakan itu. - mStar.
Bagi yang rasa lega bila baca ayat 'penyedap hati' ni yang kata hangpa tak terlibat dengan kenaikan tarif elektrik terbaru ni hangpa sebenarnya silap, atau mungkin lebih tepat kalau aku kata BANGANG pasai berjaya ditipu dan diperbodohkan lagi oleh Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Dr Maximus Johnity Ongkili. Bukan tak terlibat cuma tak terlibat secara terus kena bayar duit lebih kat TNB ja..

Berita mStar tu juga melaporkan:
"Bagi pengguna domestik, purata tarif akan dinaikkan kepada 31.66 sen/KWJ daripada 28.63 sen/KWJ iatu penyelarasan sebanyak 1.21 sen/KWJ (3.03 peratus).

Purata tarif komersil akan dinaikkan kepada 47.92 sen/KWJ daripada 41.01 sen /KWJ iatu penyelarasan sebanyak 6.91 sen/KWJ (16.85 peratus)," katanya.

"Bagi tarif industri, kadarnya dinaikkan kepada 36.15 sen/KWJ iatu penyelarasan sebanyak 5.21 sen/KWJ (16.85 peratus) daripada 30.94 sen /KWJ," katanya. - Ibid.
Kenaikan untuk domestik cuma 3.03% tapi kenaikan untuk komersial dan industri 16.85%. Hangpa ingat geng kapitalis yang uruskan menatang kormesial dan industri tu nak bayar kenaikan tu guna duit poket depa?

Kalau kenaikan harga minyak menyebabkan harga barang lain pun naik, sama jugak bila harga elektrik naik harga barang pun akan naik jugak.

Bab "memberi kesan sementara" macam yang Untie Zeti kata tu memang sangat-sangat tepat. Pasainya naik la berapa banyak pun, rakyat akan marah sat saja. Selagi boleh makan walaupun tak semewah dulu rakyat akan lupa. Tambah-tambah pulak kalau awal tahun depan Najib bagi BR1M, tenggelam langsung la cerita pasai kenaikan tarif elektrik ni.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...