Sangat jelas kut TG Hj Hadi ajak bermuzakarah untuk "memastikan pelaksanaan hukum Islam dapat dilaksanakan di negara ini" tiba-tiba bila sampai ke Persidangan Wanita dan Pemuda Umno, muzakarah Umno PAS tu bermakna perpaduan pulak, tak ke bangang namanya tu.
Sinarharian melaporkan:
Isu muzakarah di antara Pas-Umno - yang disifatkan pemimpin Pas Umno salah faham mengenainya, turut menarik perhatian Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin ketika menyampaikan ucapan dasarnya, hari ini.
Dalam nada optimis, Khairy berkata, Pemuda menyambut baik idea muzakarah ini, dalam erti kata lain, penyatuan di antara kedua-dua parti itu. - Sinarharian.
mStar pula melaporkan:
Pergerakan Wanita Umno menyambut baik cadangan muzakarah di antara Umno dan PAS tetapi mahu PAS melakukannya dengan ikhlas.Kalau ikut Kamus Dewan Edisi Keempat muzakarah bermaksud:
Perwakilan dari Kelantan Datuk Zaleha Husin berkata hanya dengan keikhlasan perpaduan umat Islam di negara ini dapat diwujudkan dan pemerintahan mengikut landasan Islam dapat dikekalkan.
"Sudah sampai masanya muzakarah Umno-PAS dijadikan agenda utama parti. - mStar.
Ar perbincangan (pertukaran pendapat) tentang sesuatu masalah dsb; bermuzakarah berbincang (bertukar-tukar pendapat) tentang sesuatu masalah dsb; memuzakarahkan membincangkan dsb sesuatu perkara (isu, masalah dsb) dlm muzakarah: mungkin perkara itu akan dimuzakarahkan kelak; hal-hal yg ada kaitan dgn keluarga akan dimuzakarahkan dlm majlis itu. - PRPM.Mai kut mana pulak Persidangan Wanita dan Pemuda ni boleh suka-suka takrifkan muzakarah maknanya perpaduan?
Perkataan muzakarah ni popular semula bila TG Presiden PAS ada sebutkan dalam ucapan penggulungan dia dalam muktamar PAS ke-59 baru-baru ni.
Harakahdaily melaporkan:
PAS mengajak Umno untuk bermuzakarah sekiranya parti itu benar-benar bersungguh bagi memastikan pelaksanaan hukum Islam dapat dilaksanakan di negara ini.Sangat jelas kut TG Hj Hadi ajak bermuzakarah untuk "memastikan pelaksanaan hukum Islam dapat dilaksanakan di negara ini" tiba-tiba bila sampai ke Persidangan Wanita dan Pemuda Umno muzakarah Umno PAS tu bermakna perpaduan pulak, tak ke bangang namanya tu.
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengulangi pelawaan itu ketika menyampaikan ucapan penangguhan di Stadium Malawati, sempena Muktamar Tahunan PAS kali ke-59.
Berucap di hadapan para perwakilan, Ustaz Hadi menegaskan PAS bersedia dengan barisan pakar untuk tujuan muzakarah itu seperti ulama, mahupun peguam. - Hrkh.
Harakahdaily juga melaporkan:
PAS menasihati Umno agar bermuzakarah berkaitan dengan isu undang-undang syariah dengan PAS terlebih dahulu sebelum berhajat untuk berbincang isu-isu lain.Tapi nak kata apa, dalam majlis orang politik macam Persidangan Wanita dan Pemuda Umno ni kadang-kadang saja-saja depa beraksi bangang. Takat anggap muzakarah tu perpaduan kira standard biasa lagi, orang maki tapi depa anggap orang puji pun biasa.
Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, ia selaras dengan seruan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada Muktamar Tahunan PAS kali ke-59 lalu yang mahu muzakarah berhubung perkara itu disegerakan.
"Biar kita selesaikan dulu isu berkaitan dengan undang-undang syariah, duduk berbincang bagaimana ingin kita laksanakan.
"Selagi belum selesai isu tersebut kita tidak perlu berbincang perkara-perkara lain," jelasnya. - Hrkh.
Khairy dalam ucapan dasar 71 perenggan yang langsung tak sentuh bab hukum Islam tu siap jual pantun
Anak punai anak merbahTak pasti pulak dia tujukan pantunn ni kat sapa...
Terbang turun meredah awan
Umno dan PAS satu ukhwah
Rapatkan jurang berpisah jangan - mStar.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis