Senarai penuh Ketua Lajnah PAS Pusat - Boleh harap ja Hj Nizar jaga IT ni? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Rabu, Disember 18, 2013

Senarai penuh Ketua Lajnah PAS Pusat - Boleh harap ja Hj Nizar jaga IT ni?

Aku tak berapa nampak selama ni Hj Nizar sebagai 'orang IT'. Kalau ada yang nampak dia macam IT savvy, sebenarnya dia ada tenaga lain yang bantu dia bab tu.

Harakahdaily melaporkan:
Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat hari ini selesai melantik semua pengerusi lajnah.

Timbalan pengerusi dan setiausaha juga dilantik, namun ada beberapa lajnah yang belum dibuat pelantikan itu.

Sebanyak 17 pengerusi lajnah termasuk satu lajnah baru iaitu Lajnah Dakwah dan enam pengerusi lembaga dilantik hari ini. - Hrkh.  
Dalam banyak-banyak lajnah, jabatan dan pusat yang PAS Pusat ujudkan, aku cuma nak komen bab IT pasainya sebelum ni aku ada ulas sikit bab IT ni dalam posting "Zahid Komidi nak perkasakan Media Baru Umno, PAS tak rasa apa-apa ka?"

Dalam posting tu aku mengharapkan bab IT ni 'dinaik taraf ' dengan diletakkan di bawah tanggungjawab salah seorang Naib Presiden. Nampaknya angan-angan aku tak kesampaian.

Untuk sessi ni Hj Nizar Jamaluddin dilantik sebagai ketua Lajnah IT ganti Ust Ghani Shamsuddin. Aku tak berapa nampak selama ni Hj Nizar sebagai 'orang IT'. Kalau ada yang nampak dia macam IT savvy, sebenarnya dia ada tenaga lain yang bantu dia bab tu.

Jadinya aku harap Hj Nizar akan ujudkan 'tenaga lain' untuk bantu dia mantapkan IT PAS selain dari tenaga yang PAS dah ada dalam Jabatan IT terutama sekali untuk menguruskan dan memperkasakan lagi Media Baru untuk parti.

Lagi satu aku harap sangat Hj Nizar bukan takat 'tengok' IT untuk PAS Pusat dan Negeri, lebih penting lagi aku harap Hj Nizar akan ada modus yang berkesan untuk pastikan IT benar-benar hidup dan berperanan dengan berkesan di peringkat Kawasan dan Cawangan.

Kalau harap IT Pusat dan negeri saja yang mantap tapi IT di peringkat Kawasan dan Cawangan tak ok tak payah la nak berangan PAS boleh tarik undi melayu melalui Media baru.

Di bawah ni senarai penuh Kabinet PAS Pusat sessi 2013/2015 (sekatat 17 Disember 2013)

Presiden : Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
Setiausaha Politik Presiden : Samsuri Mokhtar
Setiausaha Sulit Presiden : Zaihan

Timb Presiden : Mohamad bin Sabu
Naib Presiden 1 : Hj. Salahudin bin Ayub
Naib Presiden 2 : Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man
Naib presiden 3 : Yb. Dato' Husam bin Musa

Ketua Dewan Ulama: Ust Harun Taib
Ketua Dewan Pemuda: Shuhaizan Kayat
Ketua Dewan Musimat: Ust Siti Zailah Yusuf

Setiausaha Agung : Dato' Mustafa bin Ali
Penolong Setiausaha 1 : Yb Dato' Takiyudin Hassan
Penolong Setiausaha 2 : Khairul Faizi Ahmad Kamil
Penolong Setiausaha 3 : Dr. Raja Iskandar Raja Yaacob

Bendahari : Asmuni Awi
Penerangan : Yb. Dato' Mahfuz bin Omar
Pengarah Jabatan Pilihanraya : Yb. Dr Hatta bin Ramli

1- Lajnah Tarbiyah dan Pengkaderan
Pengerusi : Yb. Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Timbalan Pengerusi 1 : Yb. Ustaz Idris Ahmad
Timbalan Pengerusi 2 : Dato' Abu Bakar Chik

2- Jabatan Tarbiyah 
Pengarah: Yb. Ustaz Idris Ahmad

3- Lajnah Dakwah .
Pengerusi : Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Pengerusi 1 : Yb. Ustaz Nasrudin bin Hassan
Timbalan Pengerusi 2 : Ustazah Nuridah binti Salleh

4- Lajnah Penerangan dan Hubungan Media
Pengerusi : Yb. Dato' Mahfuz bin Umar
Timbalan Pengerusi : Tan Sri Muhamad Taib

5- Lajnah Pengembangan Ekonomi dan Pembangunan Usahawan.
Pengerusi : Yb. Dato' Husam bin Musa

6- Lajnah Pendidikan.
Pengerusi : Dato' Abu Bakar Chik
Timbalan Pengerusi 1 : Yb. Dato' Mohd Amar Abdullah
Timbalan Pengerusi 2 : Dato' Dr. Mahfuz Mohamad

7- Lajnah Hubungan Antarabangsa.
Pengerusi : Yb. Syed Azman
Timbalan Pengerusi 1 : Yb. Dato' Kamarudin Jaafar
Timbalan Pengerusi 2 : Ustaz Nik Zawawi Salleh

8- Lajnah kebajikan dan Kemasyarakatan
Pengerusi : Yb. Dr. Mariah Mahmud
Timbalan Pengerusi 1 : Dr. Riduan Mohd Nor

9- Lajnah Undang - undang dan Hak Asasi Manusia.
Pengerusi : Yb. Hanipa Maidin
Timbalan Pengerusi 1 : Abang Ahmad Kardee

10- Lajnah Teknologi Maklumat dan Kominikasi.
Pengerusi : Yb. Datuk Seri Nizar Jamaludin
Timbalan Pengerusi 1 : Ustaz Ghani Shamsudin

11- Jabatan IT Pusat
Pengarah: Suhaimi Embong

12- Lajnah Perpaduan Nasional
Pengerusi : Yb. Dato' Dr Mujahid Yusuf
Timbalan Pengerusi 1 : Yb. Ustaz Nik Mohd Abduh Nik Aziz

13- Lajnah Kebudayaan dan Keseniaan.
Pengerusi : Dr Muhaimin Sulam

14- Lajnah Hal Ehwal Parlimen.
Pengerusi : Yb. Dato' Mahfuz Omar
Timbalan Pengerusi 1 : Yb. Khalid Abdul Samad

15- Lajnah Pekerja dan Pengguna
Pengerusi : Hj Anuar Tahir

16- Lajnah Asas Tani
Pengerusi : Yb. Dato' Ir Amirudin Hamzah

17- Lajnah Pembangunan Tanah, Peneroka Bandar dan Hal Ehwal Orang Asal.
Pengerusi : Mazlan Aliman
Timbalan Pengerusi 1 : Mohamad Hussain

18- Lajnah Alam Sekitar
Pengerusi : Hj Zulkifli Mohamad Omar

19. Center For Emergency Management and Disaster
Pengerusi : Tuan Hj Salahudin Ayub
Timbalan Pengerusi 1 : Hj Husin Ismail
Timbalan Pengerusi 2 : Hj Mohd Ariffin

20- Badan Penggerak Demokrasi dan Mobilisasi NGO
Pengerusi : Tuan Hj Mohamad Sabu

21- Lembaga Pemerkasaan Parti
Pengerusi : Tuan Haji Salahudin Ayub

22- Lembaga Pembinaan Kompleks PAS
Pengerusi : Yb. Dato' Paduka Husam Musa

23- Lembaga Pengarah Harakah
Pengerusi : Dato' Mustafa Ali
Pengarah Urusan : Dr. Rosli Yaakob

24- Lembaga Penasihat DHPP
Pengerusi : Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Pengerusi : Yb. Dato' Dr Mujahid Yusuf

Pusat Penyelidikan PAS Pusat
CEO : Dr Dzulkifli Ahmad
COO : Dr Zuhdi Marzuki

Pesuruhjaya Negeri :
Kelantan : Dato' Ahmad bin Yaacub
Terengganu : Satiful Bahri Mohd
Pahang : Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man
Johor : Yb. Aminul Huda
Melaka : Adli Zahari
Negeri 9 : Taufiq Ghani
Selangor : Yb. Ir. Iskandar Abd Samad
Perak : Hj Razman Zakaria
Kedah : Yb. Dato' Mahfuz Omar
Penang : Mohamad Sabu
Perlis : Yb Md Shukri
Wilayah : Hj Mohd Nor
Sabah : Amirudin
Sarawak : Hj Adam

AJK Lantikan Tambahan :
Dato Mohd Amar Abdullah
Dato ' Abu Bakar Chik
Anuar Tahir
Mohamad Husin
Abang Ahmad Kardee
Zulkifli Omar

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...