Khalid Ibrahim patut cakap pasai nak hapuskan tol bukan takat sekat kenaikan | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, Disember 19, 2013

Khalid Ibrahim patut cakap pasai nak hapuskan tol bukan takat sekat kenaikan

Khalid Ibrahim sebagai MB tak sepatutnya berenti setakat berjaya sekat kenaikan tol milik Selangor tapi kena usaha untuk mansuhkan terus tol di Kesan, Sprint dan LDP tu. Apa barang sekat-sekat. buang terus la baru power...

TheMalaysianInsider melaporkan:
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengarahkan lembaga pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) untuk menghalang kenaikan tol di lebuh raya negeri itu.

Abdul Khalid berkata, langkah tersebut diarahkan bagi memastikan rakyat negeri tersebut tidak terbeban akibat kenaikan tol di Selangor.

"Melalui GLC kerajaan negeri memiliki pemilikan saham tetapi bukan majoriti yang tidak lebih 30 peratus dalam beberapa konsesi lebuh raya. - TMI.
Terima kasih untuk Khalid Ibrahim pasai tolong bagi jawapan untuk pejuang-pejuang maya yang sokong Pakatan Rakyat yang sebelum ni tak berapa nak boleh jawab bila cybertroopers Umno BN belasah pasai kenaikan tol untuk lebuhraya 'miik' kerajaan negeri Selangor ni.

TheMalysianInsider juga melaporkan:
"Kita rasa PKNS sudah mendapat pulangan baik dan tidak perlu tingkatkan keuntungan menerusi kenaikan tol,” katanya.

Bagaimanapun, Abdul Khalid mengakui PKNS hanya pemegang saham minoriti dalam konsesi lebuh raya di Selangor tetapi kerajaan negeri mempunyai tanggungjawab kepada rakyat.

"Tetapi, kerajaan negeri mempunyai tanggungjawab kepada rakyat Selangor, jadi kita tetap mengarahkan PKNS untuk bawa isu ini untuk mengelak orang ramai terlebih cukai,” katanya. - Ibid.
Aku yakin PKNS bukan saja dah dapat pulangan balik malah dah dapat untung pun melalui konsesi tol tu, jadinya sesuai dah kut Khalid Ibrahim fikirkan cara untuk hapuskan tol di Selangor tu, atau sekurang-kurangnya turunkan kadar tol ke tahap seminima mungkin.

TheMalaysianInsider juga melaporkan:
Selangor memiliki 30% saham dalam Lebuhraya Kesas melalui PKNS manakala 20% dalam Lebuhraya Sprint serta Lebuhraya Damansara-Pucong (LDP) melalui Kumpulan Perangsang. - Ibid.
Kalau Khalid Ibrahim dah boleh dikira berjaya dalam isu air di Selangor dengan mengambilalih 2 syarikat konsesi air aku rasa takdak masalah sangat untuk Khalid 'beraksi' lagi untuk pastikan Kerajaan Negeri Selangor boleh dapat jadi pemegang saham majoriti.

Kalau dah pegang saham majoriti bukan takat turunkan kadar tol, hapuskan terus tol di Hiway Kesan, LDP dan Sprint tu pun boleh. Lagipun kan kerajaan negeri kaya, belambak dok ada lebihan rizab.

Dan yang penting sekali Kerajaan Selangor boleh buktikan yang janji Pakatan Rakyat untuk hapuskan tol macam dalam manifesto tu memang boleh dilakukan.

Khalid Ibrahim sebagai MB tak sepatutnya berenti setakat berjaya sekat kenaikan tol milik Selangor tapi kena usaha untuk mansuhkan terus tol di Kesas dan Sprint tu. Apa barang sekat-sekat. buang terus la baru power...

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...