... dan DOSA Rosmah menyalahgunakan duit rakyat yang akan datang pun terampun... | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Ahad, Disember 08, 2013

... dan DOSA Rosmah menyalahgunakan duit rakyat yang akan datang pun terampun...

Lebih kurang macam 'dosa' Rosmah yang kedepan ni pun dah 'diampunkan' oleh Persidangan Agung Umno atas sebab dua 'jasa besar' Rosmah ni.

TheMalaysianInsider melaporkan:
Bekas Ketua Pengarang Kumpulan News Straits Times Press (NSTP), Datuk A. Kadir Jasin hari ini menggesa Datuk Seri Najib Razak mengkaji semula peranan menteri-menteri Kabinet selain melantik Datin Seri Rosmah Mansor sebagai menteri.

Katanya, melalui pelantikan itu, tiada pihak yang boleh membantah campur tangan Rosmah atau menuduh Najib dan anggota Kabinet menyalahgunakan kuasa dengan membenarkan penggunaan kemudahan kerajaan.

“Saya dah berbuih mulut mencadangkan agar Rosmah masuk politik dan dilantik menjadi menteri. Malah ke jawatan Perdana Menteri jika mendapat kepercayaan rakyat jelata. - TMI.
Satu perlian yang sangat menarik dari A. Kadir Jasin, boleh baca di blog dia "PAU 2013: Antara Cinta dan Jasa"

Masa Ucapan Penggulungan Njid bi PAU 2013 Najib dedahkan 'jasa' 2 Rosmah yang dia kata dia tak pernah cerita sebelum ni.

Yang pertama Rosmah telefon Suzanne Mubarak bini Hosni Mubarak diktator Mesir sebelum digulingkan oleh rakyat Mesir minta tolong bebaskan sorang pelajar Malaysia dan dalam 2 jam pelajar tu dibebaskan.

Yang kedua Rosmah telefon keluarga Diraja Saudi 'penjajah dua tanah haram' minta tolong pejajar Malaysia transif di Jeddah tanpa visa untuk dibawak balik masa Arab Spring, Arab Saudi siap tolong sediakan 2 pesawat jumbo 700 secara percuma.

Aku tak nafikan jasa Rosmah tu untuk terutama sekali mangsa yang terlibat tapi besar sangat ka jasa dia tu sampai Rosmah bebas salahgunakan harta benda rakyat ikut suka dia.

Kalau dikira betul-betul aku yakin dah berbilion duit rakyat yang Rosmah salahguna dan kalau ikut persepsi Persidangan Agung Umno tu tentu punya lepas ni Rosmah akan guna lebih lagi tanpa malu dan risau langsung.

Lebih kurang macam 'dosa' Rosmah yang kedepan ni pun dah 'diampunkan' oleh Persidangan Agung Umno atas sebab dua 'jasa besar' Rosmah ni..

Dua hari lepas TheMalaysianInsider melaporkan:
Affandi Zahari, dalam perbahasannya, berkata keselamatan Rosmah wajar diutamakan kerana sekiranya berlaku sesuatu ke atas dirinya akan menyebabkan Datuk Seri Najib Razak sedih.

"Perkara ini melibatkan keselamatan isteri beliau (Najib), sekiranya berlaku sesuatu ia akan memberi kesan kepada emosi beliau," kata Affandi. - TMI.
Juga dilaporkan:
Begitu juga dengan penggunaan elektrik di Seri Perdana, kata Affandi.

"Kita bercakap mengenai kediaman rasmi Perdana Menteri. Ia perlu cantik dan meriah. Rumah besar, perbelanjaan besar. Ia tidak boleh dibiarkan bergelap," kata Affandi.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim mempertahankan bil utiliti RM2.5 juta di kompleks kediaman Perdana Menteri sebagai paling rendah di dunia.

Daripada jumlah RM2.5 juta tersebut, sebanyak RM2,237,788.13 adalah untuk pembayaran bil elektrik dan baki RM311,174.25 untuk bil air. - Ibid.

Aku taktau pasai apa bila aku tengok video kat bawah ni aku teringat kat geng NGO (noreh getah orang) di kampung-kampung di Baling, Sik, Batu Kurau dan yang sewaktu dengannya, terutama sekali di musim hujan sekarang ni.

Entah apa la yang depa fikir kalau depa tau cerita pasai Rosmah gunakan berjuta duit rakyat untuk bayar sewa jet peribadi pi melancong sedangkan depa ni ada yang sampai terpaksa berhutang untuk beli sekadar sekilo beras.


Macam SIAL...

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...