Betapa lawak tak cerdiknya Sidang Media PAS Pulau Pinang tu... | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Selasa, November 19, 2013

Betapa lawak tak cerdiknya Sidang Media PAS Pulau Pinang tu...

Memang sangat-sangat tak sesuai buat sidang media macamtu siap dengan ugut pulak tu. Bukan calang-calang ugut, ugut nak keluar dari Pakatan Rakyat pulak tu. Memang lawak sungguh la Kenyataan Media PAS Pulau Pinang ni. Hangpa sapa nak buat keputusan keluar Pakatan Rakyat tu?

Harakahdaily melaporkan:
Walaupun PAS Pulau Pinang hanya memiliki satu kerusi Dun, tidak bermakna suara, sumbangan, khidmat dan profesionalisma PAS di negeri ini dipinggirkan.

Dengan itu, kata Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Mohd Fauzi Yusof, PAS negeri hendaklah dilibatkan dalam apa-apa perbincangan dasar dan polisi yang hendak dirancang oleh kerajaan negeri sebelum ia dilaksanakan.

“Perbincangan tersebut hendaklah melibatkan organisasi, bukan secara individu,” ujarnya dalam sidang akhbar di Seberang Jaya, hari ini. - Hrkh
Angin takdak ribut takdak tiba-tiba saja PAS Pulau Pinang boleh buat Sidang Media pi ugut sampai macam tu sekali.

Sungguh, aku nampak PAS Pulau Pinang ni macam buat lawak sungguh. Dengan cuma satu kerusi DUN ditambah lagi dengan karenah yang melibatkan DUN Sungai Acheh pada PRU13 yang lepas, aku nampak tuntutan PAS Penang tu memang lawak jenis tak cerdik, tak sedar diri dan sangat tak profesional.

Patutnya kalau pada depa keadaan teruk sangat patutnya PAS Pulai Pinang gunakan saluran Majlis Presiden untuk minta tolong selesaikan apa-apa masalah yang depa bangkitkan tu. Masalahnya aku dok rasa besar kemungkinannya PAS Pusat tak tau pun duduk perkara masalah ni.

Memang sangat-sangat tak sesuai buat sidang media macam tu siap dengan ugut pulak tu. Bukan calang-calang ugut, ugut nak keluar dari Pakatan Rakyat pulak tu. Memang lawak sungguh la PAS Pulau Pinang ni. Hangpa sapa nak buat keputusan keluar Pakatan Rakyat tu?

Bab tahaluf siyasi ni bukan kuasa PAS negeri boleh main ugut-ugut macam tu. Malah mesyuarat AJK PAS Pusat pun takdak kuasa untuk batalkan tahaluf siyasi. Benda ni keputusan muktamar, cuma muktamar saja yang boleh batalkan. Kalau nak main 'shortcut' pun cuma mesyuarat Majlis Syura saja yang ada kuasa macam tu.

Aku malas nak ulas lebih-lebih pasai aku pun belum habih 'siasat' apa sebenarnya duduk perkara. Kat bawah ni aku salintampal kenyataan penuh PAS Pulau Pinang tu.

Bagi memperkukuh & memberdaya Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang, Mesyuarat Badan Perhubungan PAS Negeri P.Pinang pada 14 November 2013 lalu yang dipengerusikan sendiri oleh Pesuruhjaya PAS P.Pinang YB Datuk Mohd Salleh Man, telah membuat beberapa ketetapan untuk makluman & tindakan Kerajaan Negeri serta Majlis Pakatan Rakyat Negeri P.Pinang, seperti berikut:-

1. Memberi kuasa penuh tanpa sebarang campur tangan yang tidak wajar kepada YDP MAINPP sekarang (YB Datuk Mohd Salleh Man) untuk mengemukakan makluman keputusan cadangan lantikan Ahli-ahli Majlis MAINPP serta mana-mana portfolio @ Lembaga Pengarah dalam mana-mana agensi atau anak syarikat di bawah Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang.

Kami difahamkan terdapat campur tangan yang tidak sewajarnya dari pihak Exco Kerajaan Negeri untuk menetapkan Ahli-ahli Majlis MAINPP serta Pengerusi dan Ahli-ahli Lembaga Pengarah anak-anak syarikat MAINPP untuk sesi akan datang. Jika benar, ianya adalah satu tindakan yang bertentangan etika & semangat Pakatan Rakyat. Tindakan campur tangan ini sangat dikesali.

2. Menambah bilangan Ahli Majlis MPPP & MPSP untuk kuota PAS P.Pinang dari 2 orang setiap PBT kepada 4 orang setiap PBT. Ini adalah manifestasi dari pandangan ahli peringkat akar umbi dalam mesyuarat-mesyuarat agung yang telah dijalankan sebelum ini.
Perlantikan Ahli Majlis MPPP & MPSP untuk kuota PAS ini hendaklah dilantik dengan cadangan & persetujuan PAS P.Pinang.

3. Memberi kuasa penuh kepada PAS P.Pinang untuk memilih & melantik JKKK di kawasan Dun/Parlimen yang ditandingi PAS (6 Dun, 2 Parlimen).

Kami difahamkan bahawa terdapat lantikan JKKK di kawasan yang ditandingi PAS dibuat secara terus kepada individu terlibat tanpa persetujuan & perbincangan melibatkan pihak PAS Kawasan. Tindakan ini juga melanggar etika Pakatan Rakyat. Ia sangat dikesali.

4. Memperuntukkan kuota mewakili PAS bagi lantikan Ahli Lembaga Pengarah dalam anak-anak syarikat milik/berkaitan kerajaan negeri (GLC). Sehingga kini, tiada mana-mana lantikan yang dibuat mewakili PAS dengan persetujuan PAS P.Pinang. Tindakan ini juga tidak menggambarkan semangat kerjasama Pakatan Rakyat.

Tuntutan/ketetapan ini dibuat berdasarkan beberapa justifikasi seperti berikut:-

1. Mesyuarat Agung PAS Kawasan-kawasan seluruh P.Pinang serta sayap parti (Dewan Ulamak, Dewan Pemuda & Dewan Muslimat) yang berlangsung baru-baru ini sebahagiannya membuat keputusan bahawa PAS P.Pinang perlu lebih bertegas dengan pihak rakan Pakatan Rakyat dalam Kerajaan Negeri P.Pinang supaya diberi peranan & posisi yang seimbang dalam kerajaan negeri. Tuntutan ini dibuat berdasarkan maklumbalas ahli-ahli peringkat akar umbi bagi memperkukuhkan PAS dalam Pakatan Rakyat di Pulau Pinang.

2. Tuntutan & ketetapan ini adalah selari dengan semangat persefahaman & kerjasama yang digariskan dalam Pakatan Rakyat.

3. Ia juga adalah selaras dengan slogan CAT (Cekap, Akauntabiliti, Telus) yang diamalkan Kerajaan Negeri. Kami mendapati bahawa slogan CAT ini tidak dipraktikkan dalam hubungan PAS bersama Pakatan Rakyat Pulau Pinang.

4. PAS P.Pinang akan terus bertindak sebagai juru semak & imbang (check and balance) kepada Kerajaan Negeri & Pakatan Rakyat P.Pinang. Tuntutan & ketetapan ini adalah sebahagian dari fungi semak & imbang tersebut.

5. PAS P.Pinang bimbang dengan campur tangan yang tidak wajar oleh pihak kerajaan negeri terhadap MAINPP akan menyebabkan berlakunya ‘Pertindihan Kuasa’ yang akan mengganggu kelancaran pentadbiran & organisasi MAINPP yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong.

6. Walaupun PAS P.Pinang hanya memiliki 1 kerusi Dun, ia tidak bermakna suara, sumbangan, khidmat & profesionalisma PAS di Pulau Pinang dipinggirkan.

Dengan ini, PAS P.Pinang membuat penegasan bahawa:-

1. PAS P.Pinang hendaklah dilibatkan dalam apa-apa perbincangan dasar & polisi yang hendak dirancang oleh kerajaan negeri sebelum ia dilaksanakan. Perbincangan tersebut hendaklah melibatkan organisasi, bukan secara individu. Hal ini amat perlu kerana ahli-ahli PAS, penyokong dan pendokong PAS tidak mengizinkan PAS dilihat seperti boneka rakan Pakatan Rakyat terutamanya di P.Pinang.

2. Sebarang pelantikan politik terhadap mana-mana jawatan, portfolio, posisi dalam kerajaan negeri yang melibatkan kuota PAS mahupun pimpinan atau mana-mana ahli PAS, mestilah dengan perbincangan dan persetujuan PAS P.Pinang. Jika tidak, PAS P.Pinang tidak mengiktiraf penglibatan individu tersebut sebagai mewakili parti dan akan mengambil tindakan ke atas individu berkenaan, serta menganggap tindakan ini sebagai mengenepikan PAS P.Pinang.

3. PAS P.Pinang dengan penuh hormat akan menarik diri serta meletak jawatan dalam beberapa tawaran jawatan, portfolio dan posisi jawatan tertentu dalam Kerajaan Negeri jika tuntutan & ketetapan ini tidak diambil serius oleh pihak Kerajaan Negeri & Majlis Pakatan Rakyat.

PAS P.Pinang juga akan mengkaji kembali kedudukannya dalam Pakatan Rakyat P.Pinang jika tidak lagi diperlukan dalam kerajaan negeri, demi memelihara prinsip & maruah perjuangan. - Ibid. 


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...