Harap takdak orang PAS Penang pi ugut Mat Sabu PJ Penang yang baru pulak lepas ni... | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Selasa, Disember 17, 2013

Harap takdak orang PAS Penang pi ugut Mat Sabu PJ Penang yang baru pulak lepas ni...

Apa pun, aku harap sangat takdak la yang sanpai sanggup beraksi CELAKA pi ugut Mat Sabu Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang yang baru ni macam depa ramai-ramai ugut nak keluar Pakatan Rakyat kalau Kerajaan negeri Pulau Pinang tak bagi jawatan kat depa sebelum Muktamar baru ni.

Malaysiakini melaporkan:
PAS melantik Timbalan Presiden Mohamad Sabu sebagai pesuruhjaya baru Pulau Pinang tetapi menafikan menyingkirkan Datuk Salleh Man dari jawatan itu, selepas pergolakan PAS negeri dengan kerajaan DAP sebelum ini.

Perkara tersebut diputuskan selepas mesyuarat Jawatankuasa Pusat di ibu pejabat parti itu dan pengumumannya dibuat Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali petang ini.

Bercakap dalam sidang media, Mustafa menjelaskan pelantikan itu sebagai "perubahan dan ubah suai" kepimpinan PAS negeri. - Mkini.  
Memang patut sangat la Mat Sabu sebagai anak kelahiran Penang yang majoriti perwakilan masa Muktamar PAS yang lepas kekalkan dia sebagai Timbalan Presiden PAS dilantik jadi Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang.

Sebelum ni dala facebook aku ada update status:


Banyak yang komen setuju cuma ada 2 orang saja yang layak dan sesuai untuk jadi Pesurujaya PAS Pulau Pinang, Mat Sabu atau Dr. Mujahid yang lain langsung tak capai standard untuk berdepan dengan standard DAP dan PKR.

Bukan aku nak kondem Ahli Parlimen aku sendiri tapi setakat yang aku nampak Dr. Mujahid yang juga MP Parit Buntar tu kurang sesuai jadi PJ Penang pasai dia pun sebenarnya sebahagian dari masalah kemelut berpuak-puak dalam PAS Penang. Macamana dia boleh nak bagi selesai kalau pihak yang satu lagi dah lama tengok dia sebagai 'musuh'.

Berbeza dengan Mat Sabu, walaupun tak mustahil ada jugak yang tengok dia sebagai 'musuh' tapi Mat Sabu adalah Timbalan Presiden PAS, orang no.2 dalam PAS yang dipilih oleh majoriti perwakilan dalam muktamar. Pecat pun layak kut kalau ada yang berani bertindak CELAKA mensabotaj Timbalan Presiden PAS.

Tapi kalau Mat Sabu pun gagal selesaikan kemelut berpuak-puak dalam PAS Penang tu elok suruh Mat Sabu letak jawatan sebagai Timbalan Presiden PAS. Buat malu ja ada Timbalan Presiden PAS yang gagal tadbir orang PAS di negeri kelahiran dia sendiri.

Apa pun, aku harap sangat takdak la yang sanpai sanggup beraksi CELAKA pi ugut Mat Sabu Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang yang baru ni macam depa ramai-ramai ugut nak keluar Pakatan Rakyat kalau Kerajaan negeri Pulau Pinang tak bagi jawatan kat depa sebelum Muktamar baru ni.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...