Kabinet baru Perhubungan PAS Perak ni boleh harap ka? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Selasa, Disember 17, 2013

Kabinet baru Perhubungan PAS Perak ni boleh harap ka?

Cuma yang aku risau sikit mampu ka Khairul Anuar yang masih muda tu galas tanggungjawab sebagai Pengarah Pilihanraya Perhubungan PAS Perak yang baru. Tara Hj Azmuni yang tegas tu pun tak mampu nak konteol karenah politik dengan PAS Kawasan-kawasan di Perak yang cukup banyak karenah dan alasan untuk tak ikut arahan.

Harakahdaily melaporkan:
Jawatan Badan Perhubungan PAS Perak sesi 2013-2015 telah berjaya dibentuk dengan gandingan pimpinan baru yang lama.

Ahli Parlimen Bukit Gantang, Ustaz Idris Ahmad telah dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya 2 bersama Datuk Seri Nizar Jamaluddin dikekalkan sebagai Timbalan Pesuruhjaya 1.

Timbalan Pesuruhjaya 3 pula diisi oleh 'orang lama' iaitu Noh Ahmad yang juga Yang Dipertua PAS Lumut ketika ini. - Hrkh.
Bab Hj Razman Zakaria yang dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Perak yang baru menggantikan YB Ust Abu Bakar Husin aku dah ulas sebelum ni dalam posting bertajuk "Kabinet Harian PAS Pusat - Takdak orang lain dah ka?"
Sebagai orang Perak, bab tak sambung Ust Bakar sebagai PJ walaupun dia menang di Dun Titi Serong tempat aku, aku sangat-sangat setuju. Pasai apa jangan tanya, kalau tanya pun aku malas nak jawab.

Yang aku mushkil sikit pasai apa Hj Razman yang dilantik jadi PJ, hebat sangat ka Hj Razman ni. Yang buat aku mushkil tu pasai apa Hj Nizar yang hampir semua orang Perak kenai yang pernah jadi MB dan Timbalan Pesuruhjaya 1, Bendahari dan Setiausaha PAS Perak, tak dilantik sebagai PJ, teruk sangat ka Hj Nizar tu? - Ibid.
Komen aku sikit saja tapi Sinarharian quote jadikan satu berita. Aku cuma heran pasai apa Hj Nizar tak dilantik sebagai PJ, takkan Hj Nizar tu teruk sangat.

Aku sebenarnya takdak masalah sangat Hj Razman dilantik jadi Pesuruhjaya, lain la kalau Ust Mizbah ka atau Hj Asmuni ka yang dilantik. Kalau depa berdua tu memang berasap la aku belasah.

Kat bawah ni senarai Jawatankuasa Badan Perhubungan PAS Perak yang baru sessi 2013/2015

Pesuruhjaya: Hj Razman Zakaria
Timb Pesuruhjaya 1: Hj Nizar Zakaria
Timb Pesuruhjaya 2: Ust Idris Ahmad
Timb Pesuruhjaya 3: Cikgu Noh Ahmad

Ketua Dewan Pemuda: Raja Iskandar Al-Hiss
Ketua Dewan Muslimat: Dr. Najihah
Ketua Dewan Ulama' : Ust Kamaruddin Awang Basir

Setiausaha : Dr. Muhaimin Sulam
Pen Setiausaha: Ismad Shahril, Mazidah Ghazi dan Badrin Khalid
Bendahari: Ust Ismi Mat Taib
Ketua Penerangan: Ust Misbahul Munir
Pengarah Pilihanraya: Khairul Anuar Ismail

Ajk Perhubungan: Ustaz Abu Bakar Hussien, Rahim Nordin, Junaidin Yusof dan Mohamad Rizal Ayub (3 lagi kekosongan beum dilantik)

Kalau tengok ke line-up  tu bagi aku kira ok a kut. Yang tak dilantik semula ke jawatan tu aku rasa memang patut kut terutamanya 2 Timbalan Pesuruhjaya sebelum ni.

Cuma yang aku risau sikit mampu ka Khairul Anuar yang masih muda tu galas tanggungjawab sebagai Pengarah Pilihanraya BPPN Perak. Tara Hj Azmuni yang tegas tu pun tak mampu nak konteol karenah politik dengan PAS Kawasan-kawasan di Perak yang cukup banyak karenah dan alasan untuk tak ikut arahan.

Lagi satu, bab Hj Razman sebagai Pesuruhjaya tu, aku harap dia boleh perform lebih baik dari Ust Abu Bakar sebelum ni. Harap-harap dia mampu buat sesuatu untuk PAS Perak sampai dapat tawan balik Perak dari cengkaman Umno BN.

Aku sebenarnya tak berani nak letak harapan tinggi kat Hj Razman pasai aku tak kenai dia. Aku yakin majoriti ahli PAS Perak pun tak kenai sapa Hj Razman ni yang tiba-tiba dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Perak yang baru.

Aku cuma kenai dia sebagai Pengerusi Badan Bertindak Peneroka Felcra (Bapa) yang jauh ketinggalan kalau nak dibandingkan dengan ANAK yang Mazlan Aliman pimpin. Kalau dia mampu lonjakkan sokongan dari masyarakat Felcra dan Felda pun pada aku dah cukup bagus untuk PAS Perak.


Sumber imej: Facebook PAS Perak

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...