Kenaikan tarif elektrik: Najib pulak cuba memBANGANGkan rakyat? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Ahad, Disember 08, 2013

Kenaikan tarif elektrik: Najib pulak cuba memBANGANGkan rakyat?

Memang gila sungguh la Najib ni, sanggup biar rakyat susah dan terus tertekan dengan kenaikan tarif elektrik semata-mata untuk pastikan TNB selesa dengan keuntungan RM6billion setahun konon untuk pelaburan tahunan.

Malaysiakini melaporkan:
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mempertahankan kenaikan tarif elektrik negara ini dengan alasan Tenaga Nasional Berhad (TNB) memerlukan wang untuk pelaburan.

Najib menegaskan kenaikan itu bagaimanapun tidak memberi kesan keterlaluan kerana majoriti tidak terjejas.

"(Seramai) 71 peratus pengguna tak dikenakan kenaikan. Jadi kenaikan cuma 30 peratus (kepada) domestik, industri dan komersial. - Mkini.   
Sebelum ni dalam postng bertajuk "Kenaikan tarif elektrik : 70.67% pengguna domestik kena tipu dengan menteri?" Aku dah ulas pasai Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Dr Maximus Johnity Ongkili yang cuba memperbodohkan rakyat dengan ayat penyedap hati.

Rupanya Najib pun gunakan ayat yang sama untuk sedapkan hati rakyat dalam isu kenaikan harga tarif elektrik ni. Senang-senang dia kata kesan dia kepada rakyat tak keterlaluan.

Tak keterlaluan apanya kalau selama ni dengan kenaikan harga minyak pun rakyat terpaksa tanggung kenaikan harga barang. Bila tarif elektrik naik tentu punya harga barang akan naik lagi.

Tambah-tambah tarif elektri untuk komersial dan industri naik sampai 30% tentu lepas ni harga barang akan mencanak naik.

Malah Najib lebih teruk dari Maximus Onkili, lagi cuba memBANGANGkan lagi rakyat dengan alasan yang lebih menyakitkan hati..

Malaysiakini juga melaporkan:
Kita perlu laksanakan tindakan tarif itu, sebab sebagai sebuah badan, TNB perlukan RM 6 bilion setahun untuk pelaburan," kata beliau dalam sidang media selepas Perhimpunan Agung Umno.

Kenaikan tarif dibantah perwakilan Umno sempena PAU ini dengan beberapa perwakilan mendakwa tindakan tersebut tidak tepat dan tidak adil pada masa sekarang.

"Kalau tak lakukan peningkatan tarif, akan jejaskan kemampuan kewangan TNB, tetapi kita nak pastikan rakyat tak terjejas."

Najib turut menjawab rakyat perlu terus bersabar dan berkorban untuk keutuhan kewangan negara. - Ibid.
Memang gila sungguh la Najib ni, sanggup biar rakyat susah dan terus tertekan dengan kenaikan tarif elektrik semata-mata untuk pastikan TNB selesa dengan keuntungan RM6billion setahun konon untuk pelaburan tahunan.

Bukannya selama ni TNB rugi malah untung berbillion setahun. Kalau betul TNB perlukan RM6billion setahun pun, itu untuk pelaburan, takkan TNB bangang sangat sampai tak reti nak cari dana untuk pelaburan yang tentunya akan tambahkan lagi keuntungan depa.

Najib sepatutnya semak balik perjanjian dengan IPP. Sebenarnya IPP yang 'curi' keuntungan TNB, untung mudah atas angin berniaga tanpa risiko dengan untung dijamin oleh perjanjian yang berat sebelah.

Malang sungguh la rakyat Malaysia ada Perdana Menteri yang lebih pentingkan keselesaan syarikat gergasi kaut keuntungan berbilion dari kebajikan rakyat sendiri.

Sumber: Facebook
Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...