Berani sungguh ka Mat Sabu nak saman Zahid yang tuduh dia Syiah? (Video) | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Ahad, Disember 08, 2013

Berani sungguh ka Mat Sabu nak saman Zahid yang tuduh dia Syiah? (Video)

Cumanya berani sungguh ka Mat Sabu nak saman Zahid yang tuduh Mat Sabu menganut syiah tu? Dan kalau dia saman Zahid Hamidi tu kmpom ka dia boleh menang? Aku pun sebenarnya tak berapa nak yakin...

Harakahdaily melaporkan:
Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu sedang berbincang dengan peguamnya bagi mengambil tindakan undang-undang terhadap Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ianya berhubung kenyataan Zahid ketika menyampaikan ucapan penggulungan di Perhimpunan Agung Umno 2013 di PWTC hari ini yang menuduh Mohamad mengamalkan ajaran Syiah. - Hrkh.
TheMalaysianInsider semalam melaporkan:
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (gambar) hari ini memberikan kuasa kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk menahan pemimpin kedua tertinggi PAS kerana didakwa mengamalkan fahaman Syiah.

Ahmad Zahid dalam ucapan penggulungan di Perhimpunan Agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur berkata, pihaknya mengetahui bahawa pemimpin nombor dua PAS itu mengamalkan ajaran Syiah.

"Kita tak faham kenapa pilih pemimpin Syiah itu jadi orang nombor dua dalam PAS. Datuk Seri Jamil Khir, KDN beri kuasa ambil tindakan terhadap kepimpinan kedua parti itu," katanya merujuk kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang bertanggungjawab memegang portfolio agama. - TMI.
Semalam Astro Awani melaporkan:
Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menafikan tuduhan kononnya beliau merupakan seorang penganut ajaran Syiah sebaliknya menegaskan beliau adalah penganut agama Islam mengikut ajaran Ahli Sunnah Wal Jama'ah.

Mohamad membuat penafian itu sebagai menjawab pendedahan oleh Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi semasa ucapan penggulungan Naib Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO hari ini.

"Saya Ahli Sunnah Wal Jama'ah, seorang Islam yang mengikut ajaran Ahli Sunnah Wal Jama'ah," katanya ringkas ketika dihubungi Astro AWANI. - AstroAwani.
TheMaolaysianInsider semalam juga melaporkan:
Berikutan pendedahan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu merupakan penganut ajaran Syiah, menteri berkaitan, Datuk Seri Jamil Khir Baharom (gambar) berkata, pembuktian kukuh perlu dibuat untuk menuduh seseorang itu penganut Syiah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, ajaran Syiah bukan melibatkan parti semata-mata, kerana ia adalah berdasarkan iktikad seseorang penganut fahaman berkenaan.

Jamil Khir bagaimanapun enggan mengulas lanjut ketika ditanya sama ada Jakim sudah mempunyai bukti untuk menahan Mohamad, sebaliknya menyerahkan perkara itu kepada polis.

"Elok tanya Zahid. Elok tanya polis.

"Kita sebenarnya daripada awal kita adakan kerjasama dengan KDN,” katanya. - TMI
Kalau tengok ke ucapan Zahid masa ucapan pergulungan Persidangan Agung Umno dia semalam, Mat Sabu memang ada kes yang kuat untuk saman Zahid Hamidi.

Kalau ikut lenggok komen Jamil Khair nampak macam Jakim takdak bukti kukuh untuk dakwa Mat Sabu mengamal Syiah. Nampak macam dia nak berlepas tangan dengan tuduhan Zahid tu.

Ini adalah peluang yang cukup baik untuk Mat Sabu bersihkan nama dia dari Syiah yang menghantui dia cuku lama.

Antara sebab utama Mat Sabu kalah PRU13 dulu di Pendang pasai Umno BN main sungguh isu mat Sabu Syiah malah dalam PAS sendiri cukup ramai yang macam yakin Mat Sabu penganut Syiah.

Cumanya berani sungguh ka Mat Sabu nak saman Zahid yang tuduh Mat Sabu menganut syiah tu? Dan kalau dia saman Zahid Hamidi tu kmpom ka dia boleh menang?



Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...