Isu pecat Ustaz Kazim: Akibat Setiausaha Agung buat kerja politik sorok-sorok... | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Selasa, Disember 03, 2013

Isu pecat Ustaz Kazim: Akibat Setiausaha Agung buat kerja politik sorok-sorok...

Tak ka bangang punya kerja. Kalau masa bulan 8 hari tu Cikgu Pa sebagai Setiausaha Agong buat sidang media bagitau yang PAS dah pecat Ustaz Kazim, tak la terpancar kebangangan PAS Perak sampai macam ni.

Harakahdaily melaporkan:
Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali memaklumkan penceramah bebas Mohammad Kazim Elias yang dilantik Datuk Seri Najib Razak sebagai Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno telah dipecat dari PAS pada Ogos lalu.

Menurut beliau, surat pemakluman pemecatan keahlian itu juga telah dihantar kepada Kazim sejurus selepas itu dan tiada sebarang rayuan dikemukakan kepada PAS.

Keputusan pemecatan itu dibuat dalam Mesyuarat PAS Pusat pada 25 Ogos lalu. - Hrkh
Inilah kesannya negatifnya kalau buat kerja politik sorok-sorok. Kerja politik ni kerja wajib bukan kerja sunat.

Macam solat wajib 5 waktu kita tak disuruh untuk sorok pasai tu disunatkan supaya berjamaah dia masjid dan berjamaah di masjid tu langsung tak sesuai kalau kata nak menunjuk-nunjuk. Kalau kerja sunat macam sembahyang sunat memang patut sorok tak bagitau kat orang nanti takut jadi riak pasai tu disunatkan buat kat rumah.

Kerja politik ni kerja wajib, memang tak kena kalau buat sorok-sorok, kita bukan nak menunjuk-nunjuk tapi memang kena tunjuk.

Aku cukup tak faham pasai apa keputusan pecat ahli macam ni nak disorok. Patutnya Cikgu PA buat sidang media masa biar semua orang tau dan tentulah tuan punya badan yang dihantar surat tunjuk sebab tu tau.

Sekarang ni terbukti kerja politik sorok-sorok macam tu bawa kesan yang negatif. Tak negatif apanya kalau ketua Pemuda PAS Perak pun taktau.

Sinarharian melaporkan:
Pemuda Pas Perak mengesahkan, Mohammad Kazim Elias atau dikenali Ustaz Kazim adalah ahli parti itu yang sah.

Ketuanya, Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss berkata, pendakwah itu berkenaan mendaftar sebagai ahli Pas cawangan Kampung Manjoi (Tambun) sejak Julai 1998 dengan nombor keahlian 0475276.

Bagaimanapun menurutnya, tiada sebarang jawatan parti yang dipegang sepanjang pembabitannya dalam Pas. - Sinarharian.
Lagi bertambah-tambah mengarut bila Pesuruhjaya PAS Perak pun taktau.

Sinarharian juga ada melaporkan:
Isu pemecatan Mohammad Kazim Elias daripada Pas sudah berada dalam pemerhatian Jawatankuasa Disiplin Pusat, kata Pesuruhjaya Pas Perak, Abu Bakar Hussain.

Bagaimanapun beliau berkata, belum ada sebarang tindakan lanjut dibuat termasuk penyerahan surat berkenaan kepada pendakwah berkenaan.

Menurutnya, Pas Perak sudah menyerahkan laporan lengkap berhubung isu pemecatan itu yang dilakukan atas faktor pelanggaran peraturan parti, awal tahun ini.

“Memang benar beliau masih ahli Pas yang sah, walaupun ada ura-ura dipecat, namun ia belum lagi dilakukan secara rasmi. - Sinarharian.
Tak ka bangang punya kerja. Kalau masa bulan 8 hari tu Cikgu Pa sebagai Setiausaha Agong buat sidang media bagitau yang PAS dah pecat Ustaz Kazim, tak la terpancar kebangangan PAS Perak sampai macam ni. Aku langsung tak boleh terima orang macam Ostad Kazim ni dipecat tapi Pesuruhjaya dan Ketua Pemuda PAS negeri pun taktau.

Kalau pun mungkin tak timbul isu macam isu Ust Kazim ni tapi bila buat sidang media sekurang-kurangnya ahli dan penyokong setempat tau pasai pemecatan tu dan ahli yang dah dipecat tu tak lagi senang-senang buat onar guna nama PAS.

Harakahdaily juga melaporkan:
Katanya, selain Kazim, tiga lagi individu yang turut dipecat ialah bekas Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Mohd Hafiz Nordin, bekas Ketua Penerangan PAS Selangor, Hassan Basri dan bekas Setiausaha PAS Selangor, Norman Toha. - Ibid.
Aku yakin bukan takat PAS Perak ja taktau tapi PAS Selangor dan PAS Penang pun mungkin taktau ahli depa pun ada di pecat sama. Tapi yang jelasnya depa-depa yang dipecat tu aku yakin memang taktau yang depa dah dipecat pasainya Ostad Hafiz Nordin baru-baru ni pun masa komen isu PAS Penang ugut nak keluar dari Pakatan Rakyat masih lagi menagku sebagai ahli PAS.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...