Kabinet Harian PAS Pusat - Takdak orang lain dah ka? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, Disember 02, 2013

Kabinet Harian PAS Pusat - Takdak orang lain dah ka?

Aku ingatkan untuk line-up kabinet Dewan Harian PAS Pusat 2013/2015 akan ada beberapa muka baru tapi sama jugak, hampir langsung takdak pembaharuan. Yang baru pun mungkin hanya Ust Ahmad Yaakob sebagai Bendahari merangkap Pesuruhjaya PAS Kelantan dan juga Menteri Besar Kelantan.

Harakahdaily melaporkan:
Datuk Mahfuz Omar dilantik sebagai Ketua Penerangan PAS Pusat sesi 2013-2015, demikian dinyatakan presiden parti, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam, tujuh AJK yang dilantik terdiri daripada Datuk Mohd Amar Abdullah, Datuk Abu Bakar Chik, Abang Ahmad Kerdee Abang Masagos, Mohd Hussin, Asmuni Awi, Zulkiflee Mohd Omar dan Dr Muhaimin Sulam. - Hrkh
Macam yang pernah aku tulis sebelum ni, aku mengharapkan kepimpinan PAS Pusat selepas PRU13 berubah wajah dengan beberapa muka baru yang boleh bagi semangat dan idea baru, sesuai dengan perubahan masa untuk menghadapi PRU14 yang tentunya tak sama dengan PRU13.

Tapi nak buat macamana, takdak muka baru yang sanggup bertanding terutamanya 3 jawatan tertinggi yang agak-agak boleh bagi semangat dan idea baru dan keputusannya perwakilan pilih untuk kekalkan orang lama jugak.

Aku ingatkan untuk line-up kabinet Dewan Harian PAS Pusat terbaru cadangan Presiden dengan persetujuan mesyuarat AJK pertama ni akan ada la beberapa muka baru tapi sama jugak, hampir langsung takdak pembaharuan. Yang baru pun mungkin hanya Ust Ahmad Yaakob sebagai Bendahari merangkap Pesuruhjaya PAS Kelantan yang juga Menteri Besar Kelantan.

Untuk jawatan Pesuruhjaya negeri pulak, Penang yang paling tarik minat aku. Heran sungguh aku pasai apa pulak Pesuruhjaya Penang depa tangguh lantik, padahal PAS Penang paling bermasalah bila sebelum Muktamar hari tu depa ramai-ramai (kecuali Pesuruhjaya) ugut nak keluar dari Pakatan Rakyat. Payah sangat ka nak ganti YB Saleh Man tu dengan orang lain?

Yang kedua Perak. Sebagai orang Perak, bab tak sambung Ust Bakar sebagai PJ walaupun dia menang di Dun Titi Serong tempat aku, aku sangat-sangat setuju. Pasai apa jangan tanya, kalau tanya pun aku malas nak jawab.

Yang aku mushkil sikit pasai apa Hj Razman yang dilantik jadi PJ, hebat sangat ka Hj Razman ni. Yang buat aku mushkil tu pasai apa Hj Nizar yang hampir semua orang Perak kenai yang pernah jadi MB dan Timbalan Pesuruhjaya 1, Bendahari dan Setiausaha PAS Perak, tak dilantik sebagai PJ, teruk sangat ka Hj Nizar tu?

Untuk Johor pada aku patutnya Hj Salahuddin Ayub dilantik sebagai PJ, pasainya PAS Pusat jugak 'mengarahkan' dia balik bertanding di Johor masa PRU13 dan nama dia pulak tu dicanang sebagai bakal Menteri Besar. Taktau la pulak kalau Salahuddin pun merayu jugak kat Presiden supaya dia tak dilantik sama macam Dr. Rani yang takmau dah jadi Pesuruhjaya Selangor.

Harakahdaily juga melaporkan:
Mesyuarat telah berbincang dan membuat keputusan jawatan lantikan mengikut perincian berikut:

1. Setiausaha Agung PAS - Datuk Mustafa Ali (lama)
2. Bendahari - YAB Datuk Ahmad Yakob (baru)
3. Ketua Penerangan - YB Datuk Mahfuz Omar (lama - tukar tempat)
4. Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Pusat – YB Dr Mohd Hatta Ramli (Lama)

Persuruhjaya PAS Negeri/ Wilayah:

1. Kelantan - YAB Datuk Ahmad Yakob (baru)
2. Terengganu - YB Ustaz Saiful Bahri Mamat (baru)
3. Pahang – Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (lama)
4. Johor - YB Aminulhuda Hassan (baru)
5. Melaka – Adly Zahari (lama)
6. Negeri Sembilan - Mohd Taufek Abdul Ghani (lama)
7. Selangor - YB Iskandar Abdul Samad (baru)
8. Perak - Razman Zakaria (baru)
9. Kedah - YB Datuk Mahfuz Omar (baru)
10. Perlis - YB Mohd Shukri Ramli (baru)
11. W Persekutuan – Mohammad Noor Mohammad (lama)
12. Sabah - Mohd Aminuddin Aling (lama)
13. Sarawak – Adam Ahid (lama)
14. Pulau Pinang - 'belum lantik'

Manakala Ahli Jawatankuasa PAS Pusat yang dilantik adalah terdiri daripada:

1. YB Datuk Mohd Amar Abdullah (baru)
2. Datuk Abu Bakar Chik (baru)
3. Abang Ahmad Kerdee Abang Masagos (lama)
4. Mohd Hussin (baru)
5. Asmuni Awi (lama)
6. Zulkiflee Mohd Omar (lama)
7. Dr Muhaimin Sulam (lama)

*Adalah juga dimaklumkan bahawa pelantikan jawatan Penolong Setiausaha Agung PAS dan Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang akan dibuat dalam mesyuarat bulanan Jawatankuasa PAS Pusat yang dijadualkan pada 17 Disember 2013 nanti. - Ibid. 
Berkaitan (Update)

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...