Alasan tak masuk akal Ketua Pengarah JPJ tahan lori bawa bantuan banjir? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, Disember 13, 2013

Alasan tak masuk akal Ketua Pengarah JPJ tahan lori bawa bantuan banjir?

Takkan la drebar lori tu taktau yang dia bawak barang bantuan untuk mangsa banjir. Kalau dia tau takkan dia tak cuba 'slow talk' dengan pegawai JPJ yang tahan lori tu, yang bagi saman bukan saja kat dia tapi jugak kat syarikat lori tu.

TheMalaysianInsider melaporkan:
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menafikan bertindak kejam apabila menyaman lori yang dikatakan membawa barangan bantuan banjir seperti yang disebar dalam media sosial baru-baru ini.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Ismail Ahmad berkata tindakan itu diambil setelah pegawai penguat kuasa mendapati lori berkenaan membawa muatan berlebihan tanpa dimaklumkan bahawa ia merupakan barangan bantuan banjir. - TMI.
Dalam seminggu ni viral di blog, facebook dan twitter cerita ada pegawai JPJ tak berhati perut sanggup tahan lori yang bawak bantuan banjir macam yang dilaporkan malaysiagazette.com

Aku tak berapa nak ambik pot sangat cerita tu pasai pada aku itu antara tindakan 'biasa' dari pihak berwajib yang biasa sangat beraksi macam 'si anjing Umno' buat kerja bagi pihak Umno untuk menyusahkan Pakatan Rakyat buat kerja.

Walaupun kerja kebajikan membantu mangsa banjir tak sepatutnya dikaitkan dengan politik tapi kalau orang PR yang buat tetap akan dianggap kerja politik walaupun di bawah nama NGO apa sekali pun dan akan ada pulak penchachai Umno yang kalau boleh akan cuba halang walaupun terpaksa beraksi bangang.

Tapi bila aku terbaca baca alasan yang Ketua Pengarah JPJ bagi semalam aku rasa macam terlebih sangat pulak dah.

TheMalaysianInsider juga melaporkan:
"Pemandunya langsung tidak memaklumkan yang ia membawa muatan misi kemanusiaan banjir. Sepatutnya pemandu itu memaklumkan keadaan sebenar terlebih dahulu, dan bukannya bertindak mensensasikan keadaan itu di laman sosial," katanya kepada pemberita selepas penutupan Program Satu Komuniti Satu JPJ (SKSJ) Daerah Tumpat hari ini. - Ibid.
Pasainya alasan tu tak logik langsung. Takkan la drebar lori tu taktau yang dia bawak barang bantuan untuk mangsa banjir. Kalau dia tau takkan dia tak cuba 'slow talk' dengan pegawai JPJ yang tahan lori tu, yang bagi saman bukan saja kat dia tapi jugak kat syarikat lori tu.

Langsung tak masuk akai. Taktau la pulak kalau drebar lori tu takut sangat kena tahan dengan JPJ sampai otak jemmed langsung tak boleh nak fikir dan mulut pulak kelu nak cakap apa pun tak boleh.

TheMalaysianInsider jugak melaporkan:
Bagaimanapun, katanya, mana-mana pihak yang melaksanakan misi bantuan kemanusiaan dinasihat memaklumkan perjalanan mereka kepada JPJ selain menggantung bendera penaja bagi mengelak sebarang masalah. - Ibid.
Dah la bagi alasan tak masuk akal, bagi pulak cadangan mengarut mengarut pulak tu.

Dari perhabis duit buat bendera atau baner sponser tu lebih baik duit tu dibagi kepada mangsa banjir. Lagi pun semua kos untuk barang bantuan tu hasil sumbangan orang ramai, gila besaq punya banner la kalau nak tulis nama semua penyumbang bantuan tu.

Lagi pun bantuan tu bukannya guna duit kerajaan atau duit rasuah macam yang Umno BN buat, yang sanggup buat kanves penutup lori khas untuk hantar bantuan banjir tu yang harganya aku rasa mencecah ribuan ringgit.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...