Wakil Rakyat BN dan PR beraksi macam beruk di Dewan Parlimen (video) | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, November 15, 2013

Wakil Rakyat BN dan PR beraksi macam beruk di Dewan Parlimen (video)

Kalau wakil rakyat Umno BN nak beraksi bangang macam beruk biaq pi la kat depa tapi bila wakil rakyat dari Pakatan Rakyat pun beraksi BANGANG macam beruk masa sidang Parlimen memang aku tak boleh terima, tambah-tambah pulak kalau wakil rakyat tu dari PAS memang langsung tak sesuai.

Malaysiakini melaporkan:
Jika pagi tadi beberapa MP pakatan Rakyat mengoyak-ngoyak kertas usul menggantung MP Padang Serai sewaktu ia dibentangkan, petang tadi menyaksikan giliran MP dari BN pula untuk 'membalas dendam'.

MP Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin mengoyak usul MP Kuantan, Fuziah Salleh yang mencadangkan agar gaji lima orang penasihat bertaraf menteri yang dibayar sebanyak RM27,227 sebulan setiap seorang untuk tempoh setahun, 'diagihkan semula'. - Mkini.   
Apa la nasib Malaysia ni ada ahli parlimen yang BANGANG macam ni. Kalau takat MP Umno BN beraksi bangang aku tak heran sangat pasainya walaupun ada dikalangan depa yang cerdik tapi depa memang selalu terpaksa beraksi bangang untuk menepati ciri utama penyokong kerajaan untuk jadi pak angguk.

Tambah-tambah mp macam dari Kinabatangan dan Pasir Salak memang bukan saja suka beraksi BANGANG tapi juga suka tunjuk samseng depa dalam Dewan Parlimen.

Kalau takat nak lawan hujah memang depa takkan boleh menang kecuali kalau ada MP Pakatan Rakyat tersilap cakap atau tersilap fakta, pasai tu depa terpaksa beraksi BANGANG dan tunjuk samseng supaya mp Umno BN tak dilihat kena buli dalam parlimen.

Tapi bila ada MP Pakatan Rakyat pun beraksi BANGANG jugak aku ta pasti sapa yang bangang, depa yang bangang atau pun yang pilih dan tapis depa sebagai calon tu yang terlebih bangang.


Kalau pun tak setuju usul menggantung Surendran tak payah la kut beraksi BANGANG macam beruk. Kalau takat berdiri sambil buat bising sikit-sikit tu ok la kut tapi sampai koyak kertas usul ataupun buat kapal terbang kertas tu apa cerita.

Dan akibatnya 'geng beruk' yang lagi ramai kat belah sana terus tanpa malu dan segan beraksi lebih BANGANG dari beruk.


Kalau wakil rakyat Umno BN nak beraksi macam beruk biaq pi la kat depa tapi bila wakil rakyat dari Pakatan Rakyat pun baraksi BANGANG macam beruk masa sidang Parlimen memang aku tak boleh terima tambah-tambah pulak kalau wakil rakyat dari PAS memang langsung tak sesuai.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...